![Dari litar ke jalanan, nantikan pelancaran Honda CBR250RR di Malaysia 18 Disember ini 01]()
Jentera yang paling dinanti-nanti peminat 'Sportbike' tempatan daripada Honda tahun ini, CBR250RR akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 18 Disember ini.
Honda Motorcycle Malaysia, beberapa hari lalu menerusi paparan yang dibuat di laman Facebook rasmi mereka mengesahkan perkara berkenaan.
![Dari litar ke jalanan, nantikan pelancaran Honda CBR250RR di Malaysia 18 Disember ini 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Paparan itu menulis "From Track to Street (Dari litar ke jalanan). Motosikal yang paling dinanti-nantikan tahun ini. DNA perlumbaan kini bersedia menakluki jalanan.
"Free kan diri anda Jumaat malam nanti! Sertai pelancaran motosikal Honda live di Facebook @HondaMotorcycleMalaysia pada jam 8 malam, Jumaat 18hb Disember
On x On?
![Dari litar ke jalanan, nantikan pelancaran Honda CBR250RR di Malaysia 18 Disember ini 01]()
Memetik laporan media automotif tempatan, jentera CBR250RR yang beraksi dalam beberapa pelumbaan tempatan dan luar negara itu dikuasakan dengan enjin MC51E empat lejang DOHC dua silinder sebaris bersesaran 249cc.
![Dari litar ke jalanan, nantikan pelancaran Honda CBR250RR di Malaysia 18 Disember ini 02]()
Ia menggunakan sistem pancitan bahan api PGM-FI dan menggunakan kotak gear enam kelajuan dan menghasilkan kuasa 40Hp pada 13,000 rpm serta tork 25 Nm pada 11,000 rpm.
![Dari litar ke jalanan, nantikan pelancaran Honda CBR250RR di Malaysia 18 Disember ini 03]()
Lebih mengiurkan, CBR250RR dilengkapi pelbagai ciri canggih antaranya quick shifter, assist slipper clutch, throttle by wire, beberapa mode tunggangan dan kapasiti tangki minyaknya adalah 14 liter.
Jika di Jepun, CBR250RR hadir pada harga sekitar RM33,000 seunit tetapi harga berkenaan mungkin lebih rendah di pasaran tempatan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });