window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV!

Haris Β· Nov 23, 2021 02:00 PM

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 01

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan secara rasmi Hyundai Kona Electric 2021 di Malaysia. Dengan harga bermula dari RM 149,888, Kona Electric kini merupakan EV termurah di Malaysia selepas Nissan Leaf.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 02

Terdapat tiga varian tersedia untuk Hyundai Kona Electric yang diimport sepenuhnya (CBU dari Korea) iaitu e-Lite, e-Plus dan e-Max, masing-masing berharga RM 149,888, RM 169,888 dan RM 199,888. Harga adalah termasuk pengecualian import, duti eksais dan SST. Ini berikutan pengumuman Bajet 2022 yang mahu menggalakkan Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 01

Hyundai Kona e-Lite dan e-Plus mempunyai bateri 39.2-kWj dengan motor elektrik yang menghasilkan 136 PS/395 Nm. Ujian pecutan 0-100 km/j didakwa hanya mengambil 9.9 saat sahaja, manakala kelajuan tertinggi adalah pada 155 km/j. Jarak pemanduan pada kitaran WLTP dinilai pada 305 km.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 02

Sementara itu, varian e-Max menerima bateri 64-kWj yang lebih besar dan motor elektrik yang menghasilkan output maksimum 204 PS/395 Nm. Ia mamu memecut 0-100 km/j dalam 7.9 saat dan terus mencatatkan kelajuan maksimum pada 167 km/j. Jarak pemanduan pada kitaran WLTP dinilai pada 484 km.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 03

Hyundai Kona Electric menggunakan port pengecasan CCS Combo 2 untuk pengecasan DC manakala pengecaj Type 2 untuk pengecasan AC. Kadar pengecasan AC maksimum ialah 7.2 kW untuk varian Lite dan 11 kW untuk varian Plus dan Max. Tempoh pengecasan (dari 0-100 peratus) untuk varian Lite, Plus dan Max masing-masing ialah 6.5 jam, 4.5 jam dan 7.5 jam.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 04

Bagi pengecasan pantas DC, ia mengambil masa kira-kira 47 minit menggunakan pengecaj 100-kW untuk mengecaj bateri polimer litium-ion daripada 10 hingga 80 peratus dalam Kona e-Max.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 05

Dari segi luaran, semua varian Kona Electric mendapat lampu depan dan lampu belakang LED, skema warna dua tona, dan roda aloi 17 inci yang dibalut dengan tayar profil 215/55. Ia mirip dengan Hyundai Kona N-Line namun dibezakan dengan ketiadaan gril, kerana motor tidak memerlukan penyejukan udara.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 06

Di bahagian dalam, ketiga-tiga varian mendapat tempat duduk kulit, kawalan iklim automatik zon tunggal, kluster digital 10.25 inci sebagai tambahan kepada skrin infotainment 8 inci dengan sambungan Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 07

Perbezaannya ialah pelarasan tempat duduk manual dan ketiadaan paparan heads-up untuk varian Lite. Varian Plus dan Max menerima tempat duduk boleh laras elektrik dan paparan heads-up, manakala varian Max mempunyai tempat duduk yang dipanaskan/berventilasi.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 08

Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan sistem SmartSense Hyundai tetapi berbeza tahap spesifikasi. Varian Lite mendapat Forward Collision-Avoidance Assist (FCA aka AEB), Lane Following Assist (LFA), Lane Keeping Assist (LKA), dan Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 09

Varian Plus dan Max mendapat suite keselamatan penuh, dengan Blind Spot Collision-avoidance Assist (BCA), Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA) dan Smart Cruise Control dengan Stop & Go (SCC aka ACC).

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 10

Pilihan warna untuk dipilih sangat pemurah, sehingga 9 warna - Jeju, Dark Knight, Atlas White, Ignite Red, Cyber Grey Metallic, Surfy Blue Metallic, Pulse Red Pearl, Galastic Grey dan Jungle Green.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 11

Hyundai Kona Electric didatangkan dengan waranti kenderaan standard selama 2 tahun/50,000km dan waranti bateri EV selama 8 tahun/160,000km.

Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV! 12

Pelanggan boleh memilih pakej tambahan (boleh bercampur dan dipadankan, contohnya, pakej A + C):

  • A. Waranti lanjutan dan pakej perkhidmatan: RM10,000. Pakej ini akan menaik taraf waranti standard kepada 5 tahun/100,000km dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama 3 tahun/50,000km. Waranti bateri EV akan kekal tidak berubah.
  • B. Stesen pengecaj AC 7 kW dengan kabel pengecaj luaran (Type 2): RM6,000 tidak termasuk pemasangan
  • C.Stesen pengecaj AC 22 kW dengan kabel pengecaj luaran (Type 2): RM7,000 tidak termasuk pemasangan.

Baca: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda