window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah!

Faisal · Sep 6, 2021 08:00 PM

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 01

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pastinya kita berwaspada akan keadaan sekeliling. Maklumlah, kecelakaan ini tiada siapa yang mahu kan? Tetapi dengan zaman rider penghantar barang dan makanan yang semakin banyak, potensi untuk berlakunya penyalahgunaan dan kecuaian sesama pemgguna amatlah tinggi.

@adrianchiaaa

No 1 aksesori yang wajib ada dalam kereta, boleh senang claim insurans!! ##carsafetytips ##carmalaysia ##learnontiktok

♬ Reality - Lost Frequencies

Di sinilah pentingnya bahan bukti sebagai rujukan buat kejadian yang berlaku supaya laporan polis dan tuntutan insurans dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan teknologi yang semakin berkembang, maka terciptalah dashcam iaitu perakam pemanduan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaKementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 01

Kredit: tomsguide.

Kalau anda perasan, terdapat banyak jenis dashcam di pasaran sekarang. Kadang-kadang itu sampai anda sendiri pun tak pasti nak beli yang mana satu sebab dah keliru. Betul tak? Tetapi usah risau kerana kami akan berikan 3 petua mudah supaya anda dapat pilih dashcam yang terbaik mengikut bajet anda sendiri.

1. Pilih yang 1080p dan ke atas iaitu Full HD

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 02

Resolusi 1080p ini dikira sebagai resolusi penuh. Kelebihannya, warna dan butiran akan nampak begitu jelas. Tiada isu kabur macam klip video 3GP yang kita main kongsi-kongsi pada zaman sekolah dahulu.

3. Pilih Aperture F2.2 dan ke bawah

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 03

Kredit: TheDashcamStore.

Aperture yang lebih rendah memberikan imej waktu gelap yang nampak lebih terang, terutama pada malam hari. Jadi, anda pilihlah dashcam yang mempunyai spesifikasi Aperture F2.2 dan ke bawah.

3. Field Of View (FOV) 130 – 150 darjah

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 04

FOV atau sudut pandangan bermaksud berapa luas dashcam itu boleh lihat. Lagi luas semestinya lagi bagus sebab boleh nampak sampai ke belah tepi. Namun kalau terlalu luas, akan terjadi pula kesan ‘fisheye’ macam mata ikan atau kanta pembesar. Nanti pening nak melihat balik. Jadi, sudut 130 ke 150 darjah dah cukup cun.

Lagi satu dah alang-alang nak beli, lebih baik anda cari terus dashcam yang lengkap dengan kamera depan dan belakang.

Juga bacaSpesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 05

Tapi untuk memudahkan kerja anda, dapatkan terus dashcam DDPAI Z40. Dashcam yang baru ini datang dengan kamera depan beresolusi 1944p. Malah, ia lengkap terus dengan kamera belakang yang beresolusi 1080p.

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 06

Tidak cukup dengan itu, pengesan imej yang digunakan juga adalah dari Sony sendiri. Tambahan pula, sistem pemantaunnya berfungsi 24 jam walaupun kereta anda tidak dihidupkan.

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 07

Di samping itu, sudut pandangannya juga berada dalam julat yang cantik, iaitu 140 darjah. Yang menariknya, DDPAI Z40 ini ada aplikasi untuk anda gunakannya sebagai selfie.

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 08

Malah, rakaman yang dibuat boleh ditukar kepada vlog secara automatik. Kiranya kalau ada nampak pemandangan yang menarik, bolehlah anda kongsi dengan teman anda.

Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah! 09

Buat anda yang berminat, bolehlah klik pautan ini dan dapatkan diskaun dengan memasukkan kod “DDPAI40” sewaktu check out nanti.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda