window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dashcam mungkin akan diwajibkan sebelum daftar kereta - Malaysia patut contohi Filipina?

Mersita ยท Aug 20, 2022 08:00 PM

Dashcam mungkin akan diwajibkan sebelum daftar kereta - Malaysia patut contohi Filipina? 01

Penggunaan dashcam atau kamera papan pemuka di dalam kenderaan ternyata banyak kelebihannya berbanding kekurangan. Rakaman dashcam amat berguna dalam membantu siasatan pihak polis, selain dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya dan melindungi pengguna.

Atas sebab di atas, satu rang undang-undang telah dibentuk di Filipina bagi mencadangkan pemasangan dashcam di dalam kenderaan sebagai satu keperluan wajib sebelum kenderaan berkenaan didaftarkan. Akta Kamera Papan Pemuka yang dicadangkan, jika diluluskan, bakal mewajibkan kenderaan utiliti awam, kereta peronda milik kerajaan, serta beberapa jenis kenderaan lain untuk dipasang dashcam.

Dashcam mungkin akan diwajibkan sebelum daftar kereta - Malaysia patut contohi Filipina? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akta ini akan membenarkan mana-mana agensi penguatkuasa undang-undang untuk meminta mana-mana rakaman dari pemilik kenderaan, asalkan ia relevan dengan siasatan yang dijalankan.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi akta ini iaitu memandu tanpa dashcam bakal berdepan denda PHP 5,000 dan lesen digantung 30 hari bagi kesalahan pertama, denda PHP 10,000 dan gantung lesen 6 bulan bagi kesalahan kedua, manakala denda PHP 20,000 serta gantung lesen setahun akan dikenakan bagi kesalahan ketiga dan seterusnya.

Mana-mana pegawai kerajaan atau penjawat awam yang membenarkan kenderaan tanpa dashcam didaftarkan secara sah pula akan dihukum penjara 2 – 3 tahun atau didenda PHP 20,000.

Dashcam mungkin akan diwajibkan sebelum daftar kereta - Malaysia patut contohi Filipina? 01

Penguatkuasaan undang-undang ini diharap akan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga keselamatan dan keharmonian pengguna jalan raya di negara itu.

Juga baca: Jenama dashcam terkenal, 70mai kini mencari pemandu malang dalam kes 'scammer' langgar lari!

Patutkah Malaysia mengusulkan cadangan sama dan mewajibkan dashcam di dalam semua kenderaan berdaftar?

Walaupun sudah banyak pengeluar dan jenama kereta di Malaysia menawarkan dashcam dibina-dalam pada model-model keluaran mereka, belum ada undang-undang yang mewajibkan penggunaannya di negara kita.

Menurut laporan terdahulu pada September 2020, kerajaan Malaysia dikatakan akan menjalankan kajian keatas penggunaan rakaman ‘dashcam’ di mahkamah atau untuk sebarang tuntutan dan kes undang-undang sivil selain mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan peranti tersebut di dalam kereta.

Juga baca: Kementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Juga baca: Video: 'Dashcam' milik Janna Nick bantu mangsa pecah kenderaan, diseret Perodua Myvi ketika bergelut!

Memandangkan sudah banyak siasatan kes berjaya diselesaikan dengan bantuan rakaman dashcam, kerajaan digesa untuk mengkaji aspek perundangan, spesifikasi teknikal, kesahihan dan macam-macam lagi untuk menjadikan rakaman ‘dashcam’ sebagai bukti sah dalam kes mahkamah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda