Dato’ Jamal Abdillah dipuji ‘auto-hensem’ selepas memandu BMW 6-Series Convertible!
Haris · Aug 25, 2021 03:00 PM
0
0
Beberapa keping gambar Dato’ Jamal Abdillah tular selepas beliau dilihat memandu sebuah kenderaan convertible tanpa bumbung. Penyanyi yang digelar ‘Raja Pop Malaysia’ tersebut dipuji kelihatan segak dan nampak muda berdasarkan gambar tersebut.
Memberi maklum balas mengenai perkara itu, Dato’ Jamal Abdillah berkata “Bukan saya punya! (tertawa). Kereta itu saya pandu ketika penggambaran promosi sebuah resort di Cameron Highlands, Pahang.
“Saya memang peminat kereta tapi bukan kereta convertible. Harga kereta yang jenis begitu bukan calang-calang. Tak mampu saya dibuatnya, lebih baik saya kumpul atau simpan duit beli apa yang lebih bermanfaat,” ujar beliau lagi.
Kereta convertible yang dibawa oleh beliau dikatakan sebuah model BMW 6-Series Convertible. Berdasarkan kedudukan kotak gear, stereng dan rekaan pintu, model yang berkemungkinan adalah BMW 630i Convertible E64.
Selain daripada BMW 6-SeriesConvertible, Dato’ Jamal Abdillah juga pernah dilihat bersama-sama dengan sebuah Mercedes-Benz CLS450 AMG Line.
“Alhamdulillah, kalau ada orang kata saya nampak muda (ketawa). Semua yang kita ada sekarang ini adalah milik Allah. Sama-samalah kita jaga anugerah yang Allah SWT pinjamkan buat sementara waktu,” tambah Dato’ Jamal Abdillah lagi.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.