window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95?

Faisal ยท Sep 9, 2020 11:34 AM

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 01

Tidak. Bahan api premium tidak menukarkan kereta MPV anda kepada kereta Formula 1.

Apakah itu "octane"?

Pernahkah anda terfikir maksud nombor 95, 97, dan 100? Nombor ini mewakili kadar octane. Ia bermaksud berapa banyak tekanan boleh ditampung oleh bahan api sebelum pembakaran berlaku.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beginilah rupa kitaran pembakaran oleh enjin 4-silinder yang terdapat pada enjin kenderaan harian. Anda tidak perlu menjadi seorang mekanik untuk memahami istilah octane.

Apa yang anda perlu tahu ialah sewaktu fasa ke-3, campuran bahan api dan udara dinyalakan oleh palam pencucuh (spark plug). Disinilah peranan octane bermula.

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 01

Kembali kepada angka, RON 97 boleh menampung lebih haba dan tekanan sebelum pembakaran berlaku. Pada masa yang sama, RON yang lebih rendah mengakibatkan pembakaran pra-matang dimana ia boleh merosakkan enjin sekiranya berlaku ketukan (knocking).

Patutkah saya menggunakan RON yang lebih tinggi?

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 02

Cara yang paling selamat ialah dengan melihat buku panduan atau di bahagian penutup pada tempat mengisi bahan api bagi mengetahui kadar octane yang telah ditetapkan untuk kenderaan anda.

Memandangkan kita memiliki pemahaman bahawa barang yang berharga lebih tinggi memberikan kualiti yang lebih baik, kami akan merungkai tentang maksud RON yang sebenar.

Kos

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 03

Bahan api yang normal berharga lebih rendah berbanding bahan api premium. Oleh itu, ramai pengguna menggunakan bahan api yang lebih murah untuk menjimatkan wang tetapi mereka mungkin akan menyesal di kemudian hari.

Semua enjin mempunyai kadar octane minimum yang boleh digunakan. Apabila mengisi bahan api, anda digalakkan untuk memilih kadar RON yang paling hampir dengan kadar octane yang telah ditetapkan untuk kenderaan anda.

Sekiranya kenderaan anda ditetapkan untuk octane 98, enjin anda akan mengalami bunyi ketukan macam loceng jika anda menggunakan RON 95.

Untuk pengetahuan anda, bacaan RON yang lebih rendah tidak bermaksud bahan api tersebut kurang bagus. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa bahan api premium mempunyai talaan yang lebih baik.

Keberkesanan

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 04

Antara salah faham yang sering kita dengar ialah bahan api yang mempunyai kadar RON yang lebih tinggi memberikan lebih kuasa kepada kenderaan.

Walaupun RON rendah boleh merosakkan enjin dan menganggu sistem kawalan pelepasan karbon, RON tinggi tidak semestinya memberikan manfaat kepada kenderaan anda.

RON yang lebih tinggi memberikan kuasa dan penjimatan bahan api di samping mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak beberapa peratusan kecil sekiranya bermuatan berat atau dengan gaya pemanduan yang agresif terumata pada cuaca yang panas.

Engine berprestasi tinggi beroperasi pada nisbah tekanan yang lebih tinggi. Disebabkan ini, kereta yang berkuasa besar kebiasaannya mempunyai kadar octane yang lebih tinggi.

Namun begitu, anda tidak akan mendapat sebarang manfaat dalam kegunaan harian atau memandu secara santai sekiranya anda menggunakan RON yang lebih tinggi.

Rumusan

DEBAT: Adakah RON 97 lebih baik daripada RON 95? 05

Sekiranya anda mendengar bunyi ketukan daripada enjin, anda mungkin menggunakan bahan api yang salah. Memilih RON yang betul boleh menjimatkan anda daripada berbelanja untuk bahan api yang premium dimana ia tidak semestinya bermanfaat untuk kenderaan anda.

Sebaliknya, menggunakan RON yang lebih tinggi untuk enjin bertekanan tinggi boleh menjimatkan anda daripada pergi ke pusat servis.

Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya anda menggunakan RON yang bertepatan dengan kadar octane oleh enjin kenderaan anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda