window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023

Faisal ยท Sep 7, 2022 07:00 PM

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 01

Awal minggu ini, kerajaan Indonesia mengumumkan kenaikan harga untuk bahan api yang disubsidikan, khususnya petrol RON 90 Pertalite dan diesel Solar. Kedua-dua minyak ini adalah milik syarikat minyak Indonesia iaitu Pertamina.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 02

Disebabkan itu, harga seliter Pertalite telah naik dari 7,650 Rupiah (~RM 2.30) kepada 10,000 Rupiah (~RM 3.01). Seliter diesel Solar pula kini berharga 6,800 Rupiah (~RM 2.05), naik dari 5,150 Rupiah (~RM 1.55).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 01

Menariknya, bahan api oktana rendah yang ditawarkan oleh pembekal lain disenaraikan pada harga lebih rendah.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 02

Revvo 89 (RON 89) Vivo yang berasal dari Belanda misalnya menjual pada harga 8,900 Rupiah (~RM 2.69) seliter, menurun dari 9,290 Rupiah (~RM 2.80). Kesannya, pengguna mula mengisi di stesen Vivo walaupun cawangannya tidak sebanyak Pertamina. Secara tidak langsung, stok RON 89 di Indonesia sudah hampir licin.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 03

Oleh kerana itu, kerajaan Indonesia terpaksa meminta Vivo untuk melaras semula harga Revvo 89. Tidak lama selepas itu, harga petrol Revvo 89 diubah kepada 10,900 Rupiah (~RM 3.29) seliter.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 04

Walaupun dengan harga yang naik, harga bahan api di Indonesia masih antara yang termurah di Asia Tenggara, hanya satu posisi di belakang Malaysia. Menariknya, subsidi yang mereka dapat hanyalah untuk syarikat Pertamina.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 05

Setakat ini, untuk subsidi sahaja, Indonesia dalam tahun ini sudah berbelanja sebanyak 502 bilion Rupiah (~RM 150 juta). Untuk pengetahuan anda, kos ini sudah 3 kali ganda daripada bajet asal. Selain pengumuman kenaikan harga, kerajaan Indonesia juga turut mengumumkan pengharaman bahan api oktana rendah bermula tahun 2023.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 06

Minyak kuning mereka menandakan RON 88.

Apapun, spesifikasi oktana terendah yang dibenarkan untuk dijual belum lagi dimaklumkan. Untuk makluman anda, di Indonesia, RON 89 bukanlah oktana terendah. Pertamina sendiri ada RON 88 yang mana dikenal sebagai Premium.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 07

Walau bagaimanapun, Vivo Energy Indonesia telah mengeluarkan kenyataan bertulis kepada media Indonesia bahawa menjelang akhir tahun ini, mereka tidak akan lagi menawarkan Revvo 89. Pada masa yang sama, wakil Pertamina telah berkata bahawa tahun ini, jualan Premium 88 telahpun dihentikan.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 08

Seorang wakil kawal selia agensi minyak dan gas Indonesia, BPH Migas pula memberitahu CNBC Indonesia bahawa pengharaman bahan api oktana rendah mungkin termasuk RON 90 Pertalite. Wakil tersebut berkata bahawa “Kami sedang melihat pada jualan RON 91 dan ke atas”.

Demi kurangkan subsidi bahan api, Indonesia akan haramkan jualan oktana rendah bermula 2023 09

Kalaulah termasuk RON 90, ia akan menjejaskan jutaan rakyat Indonesia yang mana majoriti daripada mereka mengisi Pertalite. Apapun, syarikat minyak nasional Indonesia telahpun mengeluarkan aplikasi dalam talian untuk subsidi bahan api bersasar dan setakat ini, sekitar sejuta rakyat Indonesia telahpun mendaftar aplikasi tersebut.

Juga bacaIndonesia sah naikkan harga minyak; RM 3 seliter RON 90 petrol - Malaysia naik tahun depan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda