window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan!

Haris · Mar 25, 2022 11:00 AM

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 01

  • Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong telah mula mengadakan sesi 'war room' mingguan
  • Proton sedang berusaha untuk menyelesaikan isu alat ganti yang berterusan
  • Mereka juga memantau siaran media sosial

Proton dan masalah selepas jualan mereka telah berterusan untuk beberapa ketika sekarang. Semakan pantas ke atas beberapa kumpulan pemilik Proton mendedahkan bahawa beberapa pemilik Proton telah menunggu sehingga berbulan-bulan untuk mendapatkan alat ganti.

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 02

Awal bulan ini, Proton telah mengakui isu ini dan berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Mereka telah melaksanakan syarat mandatori di mana semua pengedar Proton dikehendaki mempunyai stok 22 bahagian yang bergerak pantas serta mencukupi selama tiga bulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Proton kini wajibkan pengedar simpan stok 'spare part' untuk 3 bulan supaya khidmat selepas jualan tak terjejas!

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 01

Baru-baru ini, Paultan.org bertemu dengan timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah untuk bertanyakan mengenai isu selepas jualan yang sedang berlaku. Roslan juga menyebut bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong telah mengambil alih masalah selepas jualan dengan mengadakan sesi 'war room'.

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 02

Roslan dalam satu kenyataan kepada Paultan.org, "Kami memandang serius dalam mencari punca utama, serta apa yang membuatkan pelanggan ini tidak berpuas hati, dan apa yang membuatkan pelanggan tidak mendapat alat ganti tepat pada masanya."

Baca: Penyelesaian bagi masalah bekalan alat ganti untuk Proton X70 dan X50 kini sedang diusahakan

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 03

“Kami memandang serius, bukan sahaja di peringkat operasi, tetapi termasuk saya sendiri serta Dr Li. Pada masa ini Dr. Li sebenarnya mempengerusikan mesyuarat mingguan, yang kita panggil bilik perang. Kami menghabiskan sekurang-kurangnya lima jam dalam seminggu hanya untuk (membincangkan masalah) servis selepas jualan. Minggu lepas, saya rasa kami menghabiskan hampir 10 jam hanya untuk servis selepas jualan,” tambahnya.

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 04

Roslan juga menambah bahawa sesi ‘war room’ ini telah bermula sejak 17-Januari. Beliau menambah bahawa sesi 'war room' bukan sahaja terhad kepada servis selepas jualan, tetapi juga termasuk bidang seperti perolehan, serta kualiti dan pembuatan. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memastikan vendor dan Geely dapat menghantar alat ganti tepat pada masanya.

Baca: Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh?

Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan! 05

Tetapi bukan itu sahaja, Roslan turut menambah bahawa 'memadam kebakaran' bukanlah satu tugas yang mudah. Beliau menyebut bahawa Proton sedang membaca siaran media sosial dan sedang menguruskan aduan yang mereka terima.

Satu lagi langkah yang dilihat sebagai sebahagian daripada proses mengurangkan maklum balas negatif adalah menggesa pengedar untuk menyimpan stok yang cukup. “Sebagai contoh, kami mensasarkan untuk mempunyai stok yang mencukupi menjelang April. Apa yang kami takrifkan dengan stok yang mencukupi ialah stok tiga bulan di pengedar, stok tiga bulan di gudang kami dan jumlah stok bulanan tertentu di vendor kami,” ujarnya lagi.

Baca: Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda