![Denda RM 3k untuk pemandu BMW atas kesalahan maki anggota trafik 01]()
Seorang pemilik kereta BMW telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM 3,000 dan jika gagal membayar jumlah tersebut, hukuman 3 bulan penjara bakal menanti
Kisahnya bermula apabila pemandu tersebut memberhentikan kereta di dalam petak kuning di hadapan Balai Polis Trafik Pandan Indah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Denda RM 3k untuk pemandu BMW atas kesalahan maki anggota trafik 01]()
Seorang anggota trafik yang bertugas mengarahkan pemandu berkenaan untuk berhenti di bahu jalan. Pemandu tersebut secara tiba-tiba tidak berpuas hati dan telah mengambil gambar anggota serta enggan menurunkan tandatangan pada saman yang dikeluarkan walaupun telah diberitahu kesalahan yang telah dilakukan.
![Denda RM 3k untuk pemandu BMW atas kesalahan maki anggota trafik 02]()
Kemudian, pemandu kenderaan tersebut telah memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat “YOU ALL BULLSHIT” sambil mengambil gambar anggota yang sedang bertugas.
Dengan bantuan beberapa anggota bertugas yang lain, pemandu tersebut terus ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat.
![Denda RM 3k untuk pemandu BMW atas kesalahan maki anggota trafik 03]()
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret di Mahkamah Majistret (1) Ampang dan pemandu tersebut telah mengaku bersalah.
Orang awam adalah dinasihatkan agar tidak memberhentikan kenderaan di dalam kawasan petak kuning kerana itu merupakan satu kesalahan dan tidak menghalang tugas-tugas yang dijalankan oleh penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas kerana boleh dihukum denda serta boleh dikenakan penjara.
Sumber: BSPT Ampang

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });