window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Denda RM2k atau penjara 6 bulan untuk pelaku buang sampah dari kenderaan - JPJ Kelantan

Haris · Jan 6, 2021 09:00 PM

Denda RM2k atau penjara 6 bulan untuk pelaku buang sampah dari kenderaan - JPJ Kelantan 01

Pelaku yang membuang sampah dari sebuah Perodua Bezza yang tular baru-baru ini berdepan dengan hukuman denda RM 2,000 atau penjara maksimum 6 bulan setelah kelakuannya tular di media sosial.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik Perodua Bezza tersebut. Siasatan akan dijalankan dan hukuman di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikenakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekiranya kesalahan yang sama diulangi, pelaku berdepan dengan hukuman yang lebih berat iaitu denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.

Denda RM2k atau penjara 6 bulan untuk pelaku buang sampah dari kenderaan - JPJ Kelantan 01

Kali terakhir saya nampak otak dia disitu!

Kelakuan seorang wanita yang membuang sampah dari kenderaan menerima kecaman daripada warganet.

Lebih melucukan adalah keluarga pelaku tersebut yang mendakwa bahawa pelaku baru pulang daripada melakukan perubatan tradisional dan kelakuannya adalah untuk membuang saka di arus sungai yang mengalir.

Menurut pengamal perubatan tradisional yang dihubungi Wapcar.my, proses tersebut selalunya hanya menggunakan sebotol kaca atau penggunaan alatan yang minima. Ia memerlukan air yang mengalir ke lautan terbuka dan perlu dilepaskan perlahan-lahan bagi mengelakkannya pecah.

Dalam kes ini, saka yang dibuang adalah 2 buah plastik besar (salah satunya plastik sampah berwarna biru) dan sedikit sebanyak sifat malu terhadap masyarakat turut dibuang.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Kelantan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda