window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Denda sehingga RM50k, penjara jika tinggalkan anak kecil sendirian dalam kenderaan

Mersita ยท Nov 24, 2021 04:30 PM

Denda sehingga RM50k, penjara jika tinggalkan anak kecil sendirian dalam kenderaan 01

Sudah banyak kes ibu bapa dan penjaga yang meninggalkan anak kecil sendirian di dalam kereta tanpa pengawasan, dan ada di antaranya yang berakhir dengan tragedi kematian. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya; apakah denda yang boleh dikenakan atas kesalahan meninggalkan kanak-kanak di dalam kenderaan?

Baru-baru ini, Majlis Keselamatan Negara memberi amaran keras menerusi satu muatnaik di laman Facebook rasmi mereka bagi mengekang kejadian sebegini daripada berlaku. Menurut MKN, kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Denda sehingga RM50k, penjara jika tinggalkan anak kecil sendirian dalam kenderaan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika disabitkan kesalahan, pelaku akan didenda tidak lebih RM50,000 atau dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Amaran ini diharap boleh mengingatkan mana-mana individu supaya sentiasa peka akan penumpang kanak-kanak di dalam kereta.

Denda sehingga RM50k, penjara jika tinggalkan anak kecil sendirian dalam kenderaan 01

Tambahan pula, model dari jenama seperti Hyundai yang dijual di Malaysia kini semakin menekankan kemudahan keselamatan seperti Rear Occupant Alert (ROA), dimana pemandu akan diingatkan jika ada penumpang masih duduk di belakang sebelum meninggalkan kereta.

Pada Mac 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah ditinggalkan di dalam kereta oleh seorang pengetua tadika di Sungai Petani. Pada Februari 2020 pula, dilaporkan seorang bapa benar-benar lupa akan bayi perempuannya berusia 9 bulan yang tertinggal selama kira-kira 4 jam di dalam kereta akibat rutin harian yang berbeza, dimana dia sepatutnya menghantar bayinya ke taska sebelum bertolak ke pejabat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda