window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran!

Zamil Syaheer · Jan 8, 2023 10:00 AM

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 01

Tidak kira jika anda seorang pemandu enthusiast atau pemandu harian kasual, semua orang menghargai keselesaan. Dan dengan harga di bawah RM150k, tiada kereta lain yang lebih selesa daripada Toyota Corolla Altis.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 02

Anda mungkin bertanya, bagaimana pula dengan SUV? Baiklah, seperti yang telah kami jelaskan dalam artikel terdahulu - sedan sememangnya lebih selesa daripada SUV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia hanya fizik kerana SUV mempunyai pusat graviti yang lebih tinggi, yang bermaksud pemandu dan juga penumpang duduk lebih jauh dari titik pangsi kereta. Ia bermakna gerakan sisi (lateral motion) terasa lebih kuat pada SUV.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 01

Bayangkan jika anda lekukan besar di sebelah jalan yang menyebabkan pergerakan badan pepenjuru (diagonal body movement), kedudukan tempat duduk yang tinggi SUV menyebabkan pemandu dan/atau penumpang mengalami lebih banyak daya sisi dalam kabin berbanding sedan.

Senang cerita, badan anda akan bergerak dengan lebih dalam SUV. Ia juga diterjemahkan kepada lebih banyak olengan badan (body roll) ketika mengambil selekoh.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 02

Dengan sedan seperti Toyota Corolla Altis, suspensi boleh ditala untuk menjadi anjal tanpa banyak pergerakan badan pepenjuru seperti SUV. Bagi Corolla Altis, ia amatlah selesa, dah macam kusyen lembut.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 03

Walaupun ada kereta yang hampir mencapai tahap kelenturan suspensi Corolla Altis yang selesa, tetapi Corolla Altis mendahului yang lain dari segi keselesaan tempat duduknya.

Ia mempunyai reka bentuk tempat duduk yang amat baik dengan sokongan secukupnya dari segi arca dan pelapik untuk bolster sisi, lumbar, dan paha.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 04

Dengan gabungan tempat duduk empuk dengan suspensi ala kusyen, setakat ini, Corolla Altis adalah kereta paling santai dan selesa dengan harga RM 150k, tidak kira segmennya. Ia ibarat mini-Camry.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 05

Disokong oleh platform Toyota New Global Architecture (TNGA), ia memiliki "keajaiban TNGA" diamana tahap keselesaan yang dimilikinya tidak mengorbankan tahap pengendalian. Ia amat tenang dan stabil ketika melalui selekoh.

Suspensi double wishbone di bahagian belakang memberikannya kelancaran dalam menyerap bonggol atau lekukan ketika mengambil selekoh, meningkatkan keyakinan pemandu.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 06

Prestasi daripada enjin Dual-VVTi 1.8 liter aspirasi natural adalah lebih daripada mencukupi untuk perjalanan harian anda dan ia mengembalikan penjimatan bahan api yang lebih baik daripada pesaing pengecas turbonya. Ia diperhalusi dan anda tidak perlu rasa ragu-ragu tentang kebolehpercayaannya.

CVT Shiftmatic sequential 7-kelajuan yang dipertingkatkan juga berfungsi dengan lancar dan harmoni dengan enjin.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 07

Tetapi Corolla Altis bukan hanya tentang perjalanan dan pengendaliannya. Tahap keselamatan juga berada di barisan hadapan dengan 7 beg udara, termasuk Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Traksi sebagai standard.

Bagi keselamatan lanjutan, suite Toyota Safety Sense termasuk Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Berlepas Lorong (LDA) dengan Bantuan Steering & Bantuan Pengesanan Lorong (LTA), Kawalan Pelayaran Radar Dinamik Semua Kelajuan (DRCC), Lampu Suluhan Tinggi Automatik (AHB), dan Pemantau Titik Buta (BSM).

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 08

DRCC sangat lancar dalam operasi tetapi kemuncak di sini ialah LTA, yang merupakan label Toyota untuk lane centering. Berbeza dengan pesaing terdekatnya, DRCC berfungsi pada semua kelajuan. Ini membolehkan pemandu kekal rileks dalam kesesakan lalu lintas dan mengurangkan keletihan mereka.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 09

Terdapat juga sistem amaran tekanan tayar, child lock dan ISOFIX, penderia tempat letak kereta hadapan dan belakang, perakam video digital (DVR) hadapan dan belakang, Pemantau Pandangan Panoramik 3D (PVM) dan Reverse Link Function yang mencondongkan cermin sisi ketika mengundur.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 10

Di bahagian dalam, tempat duduk yang sangat selesa dilengkapkan dengan kabin lapang yang dilengkapi dengan paparan Multi-Information Display (MID) berwarna 7-inci dengan Optitron Meter, kawalan iklim automatik dwi-zon dengan lubang udara belakang, sistem infotainmen skrin sentuh 9-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles dan cermin elektrokromik.

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 11

Sejak pengenalan Corolla Altis pertama, Toyota telah menjual lebih daripada 150,000 unit di Malaysia. Ia tidaklah mahal untuk dibela dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti untuk kebolehpercayaannya pada titik harga yang agak berpatutan (dari RM 130,888 kepada RM 141,888). Ia juga merupakan salah satu jenama yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia.

Baca juga: Consumer Reports: sekali lagi, Toyota dan Lexus mengungguli carta jenama dengan kebolehpercayaan tertinggi

Dengan harga di bawah RM 150k, Toyota Corolla Altis memang antara sedan paling selesa di pasaran! 12

Jika anda ingin menggabungkan pengalaman pemanduan yang tenang dengan keselesaan kelas pertama serta harga di bawah RM 150k, kami tidak boleh memikirkan kereta yang lebih baik daripada Toyota Corolla Altis.

Baca juga: Rebiu: Toyota Corolla Altis 1.8G 2020 – Tak selaju Civic, tapi lagi selesa!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda