window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dengar keluhan pengguna, lorong RFID ditambah di beberapa laluan PLUS dan NKVE!

Haris ยท Jul 26, 2022 11:59 AM

Dengar keluhan pengguna, lorong RFID ditambah di beberapa laluan PLUS dan NKVE! 01

PLUS Malaysia Berhad, pemegang konsesi terbesar lebuh raya di Malaysia dilaporkan telah menambah lorong RFID di beberapa laluan plaza tol.

Menurut laporan daripada Soya Cincau, beberapa laluan RFID telah dibuka sama ada sebagai laluan tunggal RFID atau laluan hibrid dengan Touch N' Go di plaza tol lebuh raya Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) dan Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE).

Berdasarkan tinjauan portal itu, antara plaza tol yang menerima laluan RFID tambahan adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • susur keluar Plaza Tol Subang Besi
  • susur keluar Plaza Tol Rawang Selatan
  • susur keluar Plaza Tol Jalan Duta
  • susur keluar Plaza Tol Shah Alam
  • susur masuk Plaza Tol Bertam

Dengar keluhan pengguna, lorong RFID ditambah di beberapa laluan PLUS dan NKVE! 01

Laluan RFID tunggal dan hibrid, kredit: SoyaCincau

Kementerian Kerja Raya pada hujung tahun 2021 telah mengumumkan bahawa laluan di plaza tol untuk pembayaran menggunakan kad Touch N' Go dan peranti SmartTAG akan dimansuhkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada lebih banyak lorong RFID sedang kita menuju kearah pengalaman Multi-Lane-Free-Flow (MLFF).

Sehubungan dengan itu, PLUS telah membuka laluan RFID di 83 plaza tol di sepanjang Lebuhraya PLUS Juru (Pulau Pinang) sehingga Skudai (Johor Bahru) bermula 15 Januari 2022.

Dengar keluhan pengguna, lorong RFID ditambah di beberapa laluan PLUS dan NKVE! 02

Laluan RFID hibrid, kredit: Azri

Tinjauan di media sosial mendapati, pembukaan lorong RFID lebih daripada satu lorong amat dialu-alukan oleh pengguna yang memerlukan lorong alternatif sekiranya satu lorong tersekat.

Pengguna juga berkali-kali diingatkan supaya menambah nilai jumlah nirtunai aplikasi Touch N' Go e-Wallet mereka untuk perjalanan yang lebih lancar.

Terbaharu, model pelancaran terkini Perodua Alza 2022 generasi baharu turut menawarkan pelekat RFID untuk pembeli.

Baca: Perodua Alza 2022 serba baharu hadir dengan pelekat RFID tersedia, tiada lagi peranti Smart TAG terbina!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda