window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dengarkanlah... MBSJ, pengguna keliru syarat-syarat parkir terhad 2 jam di Subang Jaya!

Haris · Jun 2, 2022 04:00 PM

Dengarkanlah... MBSJ, pengguna keliru syarat-syarat parkir terhad 2 jam di Subang Jaya! 01

Tindakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan had dua jam untuk parkir jalanan di kawasan komersial seperti USJ10 (Taipan Business Centre) telah menyebabkan orang ramai keliru berhubung syarat-syarat itu.

Seperti yang dilaporkan oleh StarMetro semasa lawatan ke kawasan itu, "Zon Parkir 2 Jam" (atau zon letak kereta dua jam) boleh dikenal pasti dengan garisan oren yang mentakrifkan tempat letak kereta manakala garisan merah biasa membezakan tempat sewa bulanan yang disewa oleh perniagaan seperti bengkel, restoran, bank atau klinik.

“Minggu lalu, saya melihat segelintir orang keliru dengan perbezaan antara garisan merah dan oren dan terpaksa mendapatkan penjelasan daripada pegawai penguat kuasa MBSJ.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Lebih penting lagi, aplikasi tempat letak kereta seperti Smart Selangor Parking, Flexi Parking dan Touch ‘n Go hanya membenarkan pengguna meletak kenderaan selama satu jam pada satu-satu masa,” kata pembantu kedai Ryan Phang ketika ditemubual.

Dengarkanlah... MBSJ, pengguna keliru syarat-syarat parkir terhad 2 jam di Subang Jaya! 01

“Berdasarkan pengalaman, selepas satu jam saya habis, katakan pada pukul 12.30 tengah hari, saya tidak boleh segera membayar untuk jam kedua. Saya perlu menunggu sehingga pukul 1 tengah hari, itu tambah pelik,” tambahnya.

Pengenalan zon letak kereta terhad dua jam bermula pada 1 Jun 2022 dan bertujuan untuk mengosongkan kawasan letak kereta yang mempunyai trafik lalu lintas tinggi. Buat masa ini, kawasan dengan peraturan baharu itu termasuk USJ9, USJ10, SS19, Bandar Puteri Puchong dan Bandar Sunway dengan kadar parkir 60sen selama setengah jam atau RM1.20 sejam.

Selepas dua jam, semua kenderaan mesti mengosongkan ruang letak kereta dan tidak akan dibenarkan meletak kenderaan di kawasan yang sama. MBSJ akan memperkenalkan sistem untuk memberi amaran kepada pasukan penguatkuasanya tentang kenderaan yang melebihi had parkir dua jam.

Menurut Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar, had parkir dua jam itu akan diperkenalkan di kawasan lain dalam masa terdekat.

Baca: Sistem parkir Selangor akan ‘online’ sepenuhnya bermula 1 April 2022

Dengarkanlah... MBSJ, pengguna keliru syarat-syarat parkir terhad 2 jam di Subang Jaya! 02

Beberapa pengunjung yang sering berkunjung ke kawasan itu teruja dengan peraturan baharu itu. Pelanggan bank TL Teoh tidak sabar untuk mencari tempat letak kereta dengan lebih cepat.

“Sebelum ini, kami terpaksa memandu dua atau tiga pusingan untuk mencari tempat letak kereta,” jelasnya.

Pihak MBSK mungkin akan menerima keluhan pengguna untuk penambahbaikan sistem ini di masa hadapan.

Pembantu klinik veterinar, cik Malar berkata kebanyakan pelanggan di tempat kerjanya menghabiskan lebih dua jam di sana dan keputusan itu akan menyukarkan mereka.

"Jika mereka membawa haiwan peliharaan mereka dalam kurungan, kami akan membantu dengan menyimpan haiwan itu di dalam klinik untuk membolehkan pemilik mencari tempat letak kereta baharu," katanya.

Baca: Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda