window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini?

Haris Β· Sep 24, 2021 12:30 PM

Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini? 01

Pasaran Indonesia memang tidak lekang dengan model-model MPV yang mendominasi. Belum pun reda dengan pelancaran Honda BR-V generasi kedua semalam, hari ini timbul pula khabar angin yang mengatakan bahawa Toyota Avanza generasi baru 2022 pula bakal menyusul seawal November 2021.

Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan OtoDriver, Toyota Avanza generasi baru bakal dilancarkan ke pasaran Indonesia pada bulan November 2021. Selain itu, sumber yang tidak mahu dikenali tersebut turut mengesahkan bahawa model tersebut bakal ditawarkan dalam pacuan roda depan sahaja.

Tambah sumber tersebut lagi, berkemungkinan besar, pameran GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021 akan menjadi platform pelancaran model tersebut.

Baca: Varian Toyota Avanza 2022 serba baru didedah - tiga spesifikasi utama, ada ADAS!

Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini? 01

Terbaru, OtoDriver turut menimbulkan desas-desus bahawa Toyota Avanza akan dipisahkan dengan model kembar Daihatsu Xenia. Hal ini bermakna, Daihatsu akan kekal sebagai MPV pacuan roda belakang manakala Toyota Avanza akan tampil dengan model baharu pacuan roda depan.

Malah, ia akan disatukan pula dengan model Perodua Alza yang sangat memerlukan kemaskini selepas model asas Toyota Passo Sette sudah ditamatkan pengeluaran. Ikuti pendedahan tersebut dalam artikel di bawah.

Baca: Lagi maklumat Toyota Avanza generasi baharu tertiris, ada rujukan kepada Perodua Alza baru?

Desas-desus Toyota Avanza generasi baru 2022, bakal dilancarkan November ini? 02

Toyota Avanza generasi baharu dijangka akan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter NA petrol 2NR-VE dengan gandingan transmisi automatik jenis CVT atau transmisi manual 5-kelajuan.

Sangat menarik untuk menyaksikan sambutan terhadap Toyota Avanza baharu yang tampil dengan perubahan yang sangat berbeza dengan generasi terdahulu. Format pacuan roda belakang sememangnya ditagih oleh rakyat Indonesia yang duduk di kawasan pedalaman dan memerlukan pengangkutan yang lebih tegap. Adakah Toyota Avanza 2022 ini mampu menarik minat pembeli di tanah kelahirannya?

Baca: Video: Toyota Avanza vs Mitsubishi Xpander buktikan kepentingan RWD di pedalaman!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda