Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?
Haris · Jul 23, 2020 01:00 PM
Kami berpeluang untuk melihat sendiri dan memeriksa kereta-kereta Proton yang bakal dilupuskan di Pickles Asia Auction pada 22 Julai 2020. Tarikh ini mungkin menjadi titik akhir bagi kereta-kereta Proton yang pernah mewarnai industri automotif negara walaupun sekadar konsep.
Walaupun 7 buah model konsep Proton telah ditarik balik dari lelongan, kebanyakannya masih akan pergi ke tempat pelupusan atau diguna semula. Harus diingatkan bahawa kereta-kereta ini tidak mempunyai dokumen yang sah untuk digunakan di atas jalan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kereta-kereta ini dijual secara sekerap.
Kami memeriksa sendiri apa yang ada pada kereta-kereta ini untuk melihat sendiri apakah sebabnya kereta ini dilupuskan? Adakah ia patut dikira sebahagian dari sejarah atau sekadar sampah?
1. Proton Satria Cabriolet
Proton Satria Cabriolet berwarna ungu telah ditarik balik dari lelongan. Namun, sebuah lagi Proton Satria Cabriolet berwarna emas masih dilelong. Kereta jenis cabriolet ini disasarkan untuk pasaran Eropah.
Kereta ini dilihat menggunakan enjin 1.3 liter dengan transmisi automatik 3-kelajuan. Mungkin, ramai yang akan setuju jika model ini digugurkan kerana ia tidak praktikal untuk digunakan di negara kita yang panas.
Proton EMAS antara kereta konsep yang banyak menarik perhatian ramai dan sepatutnya menjadi kereta global pertama Proton. Malah, kereta kompak ini adalah kereta konsep yang pertama melibatkan firma pereka industri terkenal ItalDesign. Proton dan ItalDesign kemudiannya bersama-sama menghasilkan Proton Preve.
Intipan pada bahagian dalam
Proton EMAS mempunyai hud yang sangat kecil dengan pintu mekanikal. Kereta ini dilengkapi dengan bumbung kaca yang bersambung sehingga cermin pemandu hadapan. Dalam konteks tempatan, kereta ini tidak praktikal kerana rekaan bumbung kacanya yang begitu besar
*Kemaskini: Proton EMAS telah ditarik balik dari lelongan
Model ini sememangnya tidak disasarkan untuk pengeluaran. Khabar angin mengatakan, kereta ini adalah sebuah inisiatif daripada Datuk Syed Zainal, CEO Proton (2006 -2012) yang cuba meningkatkan kreativiti pekerja Proton.
Kereta ini dibina daripada panel badan yang boleh didapati oleh pekerja pada waktu itu. Kereta ini sememangnya bukan untuk dijual ataupun konsep. Oleh itu, kereta ini selayaknya dibuang.
4. Proton Iriz 1.3 Turbo
Proton Iriz 1.3 Turbo ini berkemungkinan disasarkan untuk menjadi sebuah pengganti bagiProton Satria mahupun Proton Savvy. Model hot hatch seperti ini sememangnya digilai ramai peminat kereta di Malaysia. Entah kenapa, model ini tidak berjaya dipasarkan. Sebaliknya, Proton SagaBLM (Black Lives Matter) hitam kuning pula yang hadir.
Proton Iriz 1.3 Turbo dikuasakan oleh bercas turbo 1.3 liter dengan transmisi manual 5 kelajuan yang mempunyai pengeluaran kuasa sebanyak 142 PS kuasa kuda dan 190 Nm tork. Mungkin, ini adalah satu-satunya pembelian yang berbaloi. Apa kata anda?
5. Model-model konsep kereta elektrik Proton
Proton pernah mengeluarkan beberapa kereta elektrik konsep berdasarkan Proton Iriz, Proton Saga dan Proton Exora. Paling menarik sekali adalah Proton Iriz Elektrik yang didakwa boleh dipandu sehingga 300 km. Kenyataan yang berani?
Jika dakwaan tersebut benar, Proton sebenarnya telah jauh ke hadapan dalam pengeluaran kereta-kereta elektrik. Bayangkan, kereta konsep ini telah muncul pada tahun 2015. Untuk perbandingan, kereta elektrik (saiz kompak) pada tahun 2020 pun mempunyai jarak perjalanan sekitar 230 km contohnya Honda E, Mini Cooper SE Electric dan Nissan Leaf.
6. Proton Preve Phantom
Tiada sebarang maklumat mengenai Proton Preve Phantom ini. Kereta ini sememangnya misteri tetapi berdasarkan tinjauan kami, kereta ini berkemungkinan besar adalah sebuah kereta konsep hibrid daripada Proton.
Kereta ini mempunyai kedua-dua tangki minyak dan pengecas elektrik. Sudah tentu idea seperti ini hanya mampu direalisasikan oleh pengeluar-pengeluar gergasi seperti BMW (rujuk BMW X5 PHEV). Sudahnya, bayangan Proton Preve Phantom pun tak nampak lagi-lagi namanya Phantom.
Proton Baby Rhino?
Dari perspektif Proton, sejujurnya kereta-kereta ini sememangnya lebih sesuai untuk dilupuskan. Yang paling dinanti-nantikan pun mungkin Proton Iriz Turbo, itupun tidak direalisasikan. Oleh itu, henti menuduh Proton melupuskan sejarah kerana kereta yang lebih bernilai semua sudah ditarik dari lelongan.
Kereta-kereta tersebut lebih berharga untuk peminat kereta yang mempunyai sumber-sumber yang sesuai. Proton ternyata mahu maju ke hadapan dan melepaskan kenangan. Kalau Proton boleh, takkan kita masih ditakuk yang lama?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen