window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia?

Haris ยท Dec 8, 2020 02:00 PM

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 01

Kredit gambar: Autonetmagz

DFSK (Dong Feng Sokon) adalah sebuah jenama automotif dari China yang mempunyai kehadiran dalam pasaran Pakistan, Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, DFSK lebih terkenal dengan model jentera berat seperti lori kecil, lori simen dan lori kontena.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 02

Walaubagaimanapun, intipan dari rakan media funtasticko menganjak pandangan baru terhadap jenama DFSK di Malaysia. Pembaca funtasticko melaporkan bahawa beliau telah mengambil gambar model DFSK Glory 580 tanpa seragam dan menerima brosur mengenai DFSK Glory 580 tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 01

Carian mudah melalui laman web DF Vehicle Malaysia mendapati, DFSK Glory 580 sudah tersenarai sebagai sebahagian barisan produk mereka. Tambahan pula, brosur juga boleh dimuat turun secara terbuka. Tiada sebarang rahsia.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 02

Brosur yang dimuat turun berlainan dengan brosur yang diperolehi oleh funtasticko. Nampaknya, hanya 1 varian iaitu varian 1.5 liter Turbo CVT Luxury akan ditawarkan.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 03

Ini bermaksud, DFSK Glory 580 Malaysia akan menggunakan enjin 1.5 liter Turbo dengan kabin 2 tona hitam dan coklat. Terdapat juga fungsi yang sesuai dengan citarasa Malaysia seperti Cruise Control, sistem pengawasan angin tayar, 4 beg udara dan double blower pada bahagian belakang.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 04

DFSK Glory 580 juga memang sudah berada di Malaysia. Ia boleh dilihat di perkarangan pejabat Dong Feng Commercial Vehicla Malaysia seperti di bawah. Tanpa sebarang seragam penyamaran!

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 05

Kami menghubungi Dong Feng Commercial Vehicle Malaysia sendiri dan mendapati bahawa model ini sememangnya bakal dilancarkan di Malaysia. Ianya disahkan sendiri oleh wakil syarikat seperti yang tertera di brosur.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 06

Adakah DFSK Glory 580 ini mampu menerima lebih perhatian sebagai kenderaan 7 penumpang di Malaysia bawah RM 100k? Harga jualan DFSK Glory 580 adalah sebanyak RM 95,xxx (atas jalan dengan SST). Ia boleh didapati di pengedar dan HQ DF Vehicle Malaysia di Batu Caves bermula Januari 2021.

DFSK Glory 580. SUV 7 tempat duduk bawah RM 100k baru untuk Malaysia? 07

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda