window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km!

Haris ยท Sep 30, 2022 08:00 PM

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 01

XPeng Motors telah melancarkan model SUV pertama mereka untuk pasaran global, iaitu XPeng G9 (disebut Xiao Peng G Nine). Dalam pelancaran tersebut, XPeng mendakwa bahawa G9 adalah "EV dengan pengecasan terpantas di dunia".

Dengan julat harga 309,900 yuan hingga 469,900 yuan (RM 202,461 โ€“ RM 306,990), model itu dijangka akan dihantar pada suku keempat tahun ini.

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pelancaran, XPeng G9 akan menawarkan lapan varian dan dua pacuan roda - roda belakang (RWD) dan semua roda (AWD). Harga Ringgit Malaysia adalah anggaran.

  • 570 Plus - RMB 309,900 (RM 202461)
  • 570 Pro - RMB 329,900 (RM 215,527)
  • 570 Max - RMB 349,900 (RM 228,593)
  • 702 Pro - RMB 349,900 (RM 228,593)
  • 702 Max - RMB 369,900 (RM 241,659)
  • 650 Performance Pro - RMB 399,900 (RM 261,259)
  • 650 Performance Max - RMB 419,900 (RM 274,325)
  • 650 Launch Edition - RMB 469,900 (RM 306,990)

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 01

Versi pacuan roda belakang menggunakan motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 312 PS dan 430 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j dalam 6.4 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j.

Bateri tersedia dalam dua konfigurasi: bateri standard yang mampu memandu sehingga 570 km (piawaian CLTC) dan bateri Long Range dengan jarak maksimum 702 km dalam piawaian yang sama.

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 02

Untuk model pacuan semua roda, ia juga dikuasakan oleh motor berkembar dengan gabungan kuasa 550 PS dan 717 Nm tork, yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.9 saat, tetapi kelajuan tertinggi kekal sama pada 200 km/j. Model AWD mampu dipandu pada jarak maksimum 650 km untuk setiap caj.

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 03

XPeng G9 mempunyai struktur elektrik 800V, yang menjadikannya "Kereta elektrik pengeluaran massa dengan pengecasan terpantas di dunia"

Data daripada pengeluar kereta menunjukkan bahawa pengecas 480 kW boleh membawa jarak pemanduan kereta kepada 200 km hanya dalam 5 minit pengecasan manakala mengecas bateri daripada 10โ€“80% akan mengambil masa selama 15 minit.

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 04

Berukuran 4,891 mm panjang, 1,937 mm lebar dan 1,680 mm tinggi, XPeng G9 dijangka akan menjadi pesaing langsung kepada Tesla Model X, SUV mercu bagi jenama Tesla. Dimensi ini sememangnya tidak sebesar Model X namun teknologi yang diberikan mungkin lebih baik dari Tesla.

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 05

Apabila memasuki kabin, kluster instrumen meter kecil digital dan dua skrin 15-inci (bukan satu ye) di konsol tengah menawarkan "antara muka 3D interaktif berdasarkan Unity3D". Seperti kebanyakan kereta China, ia mempunyai sistem kawalan arahan suara dan akan memberi respons pantas di dalam julat milisaat.

Terdapat 600 tugas boleh diarahkan dan XPeng mendakwa ia memahami "Permintaan daripada penumpang yang berbeza tanpa perlu diaktifkan semula sepanjang masa."

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 06

XPeng G9 mampu membawa 5 penumpang apabila dimuatkan sepenuhnya. Ruang bagasi belakang mempunyai ruang 660 liter tetapi jika semua tempat duduk baris kedua dilipat ke bawah, ia boleh berkembang kepada 1,576 liter.

Ciri menarik lain SUV ini ialah sistem 28-pembesar suara dengan "pengalaman 5D realistik yang merangkumi getaran tempat duduk, perubahan cahaya ambien, kawalan iklim dan aerodinamik." dan "bau yang boleh disesuaikan apabila menonton filem, mendengar muzik atau hanya berada di dalam kabin.โ€

Di China, harga RM 200k boleh dapat XPeng G9 - SUV elektrik mega, jarak tempuh 702km! 07

Teknologi keselamatan G9 menyertakan sistem bantuan pemanduan XPILOT ADAS generasi kedua syarikat itu. Ia datang dengan dua cip Nvidia Drive Orin dengan kelajuan pemprosesan 508 TOPS (trilion operasi sesaat). Kereta itu juga mempunyai 31 sensor ambien, navigasi automatik, bantuan parkir automatik dan dua sensor LiDAR.

Penghantaran pertama di China bermula pada Oktober ini diikuti dengan penghantaran ke Eropah sekitar tahun 2023 selepas pengeluaran di pasaran domestik berjaya ditingkatkan.

Baca: Honda CR-V 2023 generasi baharu kini dilancar di China, dari RM 120k, harga naik 4%!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda