window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk!

Zamil Syaheer · Sep 11, 2022 10:00 AM

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk! 01

Orang yang tinggal di luar Jepun mungkin terasa pelik, tetapi pekerja sebuah syarikat kereta di Jepun dijangka memenuhi tanggungjawab majikan mereka untuk menjadi warga korporat yang baik, dan itu termasuk mengendalikan keretanya dengan cara yang selamat. Pelanggaran di lalu lintas, walaupun ia hanya kecil, bukan sahaja menjadi masalah anda seorang, tetapi sesuatu yang menjejaskan syarikat tersebut.

Malah, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi akhbar Jepun untuk menyiarkan iklan memohon maaf oleh apabila pekerja mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Iklan sedemikian adalah sangat biasa tetapi saiznya kecil, serupa dengan pengumuman kebankrapan oleh mahkamah, jadi banyak yang tidak kisah tetapi ia adalah amalan di sana.

Terdahulu pada bulan April, pengedar Toyota Corolla Tochigi (Corolla di sini merujuk kepada rangkaian pengedar, bukan kereta) membuat permohonan maaf di akhbar tempatan selepas salah seorang pengurus perkhidmatan mereka berlanggar dengan kereta api sekitar jam 11 malam pada 3-April, ketika memandu dalam keadaan mabuk.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk! 01

Kereta itu tidak dikenal pasti, tetapi nampak macam Toyota Passo. Imej: Twitter

Kemalangan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terganggu. Penumpang terpaksa turun di landasan dan bas ulang-alik terpaksa dibawa masuk. Perkhidmatan kereta api disambung semula keesokan paginya pada jam 5.45 pagi, lewat satu jam daripada biasa.

Di Jepun, insiden kelewatan kereta api, walaupun hanya 1 minit, boleh menjadi berita nasional dan pengurus pemandu kereta api yang bertanggungjawab keatas para pemandu boleh dikenakan potongan gaji.

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk! 02

Dengan perkhidmatan kereta api tergendala selama satu jam, bas ulang-alik bersiap sedia di stesen kereta api, pada 4.45 pagi. Imej: Twitter

Pengendali kereta api juga diwajibkan untuk membuat permohonan maaf dan memberikan slip kepada penumpang (untuk menunjukkan kepada majikan mereka) kerana perlepasan kereta api yang tepat pada masanya adalah tulang belakang kepada ketepatan masa seorang pekerja gaji Jepun (dan wanita).

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk! 03

Di Jepun, Corolla juga boleh merujuk kepada saluran pengedar, bukan kereta.

Sebagai maklum balas, Corolla Tochigi mengeluarkan kenyataan kepada akhbar tempatan berkata:

“Seorang pekerja Corolla Tochigi telah menyebabkan kemalangan dengan kereta api di persimpangan kereta api di bandar Utsunomiya, wilayah Tochigi pada tengah malam 3-April.

“Dia ditahan kerana disyaki melanggar Akta Trafik Jalan Raya Memandu Mabuk. Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Kami memohon maaf kepada semua orang.

“Sebagai pengedar kereta, pekerja kami berada dalam kedudukan untuk mempromosikan keselamatan lalu lintas. Kemalangan dan pelanggaran undang-undang telah menyebabkan kesulitan yang besar. Sebaik sahaja fakta disahkan oleh siasatan polis, kami akan mengambil langkah yang perlu.

"Kami akan berusaha untuk menambah baik latihan pekerja kami untuk memastikan mereka patuh dengan undang-undang jalan raya."

Susulan oleh media tempatan mendedahkan bahawa setakat 1-Jun, pengurus perkhidmatan tersebut telahpun dipecat.

Di Jepun, syarikat kereta wajib meminta maaf apabila pekerja kemalangan, serta boleh dipecat kerana memandu mabuk! 04

Pada tahun 2012, Honda juga telah membuat permohonan maaf yang sama untuk seorang pekerja, apabila seorang penyelidik kanan untuk bahagian R&D mereka berlanggar dengan kereta lain semasa memandu dalam keadaan mabuk, juga di Utsunomiya.

Honda berkata, "Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas fakta bahawa seorang pekerja anak syarikat kami (Honda R&D Co. Ltd), yang berada dalam kedudukan untuk menerajui serta mempromosikan keselamatan lalu lintas dalam industri automobil, telah menyebabkan pelanggaran undang-undang dan kemalangan sedemikian."

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda