Di Jerman, pemilik kereta enjin pembakaran dalaman & industri minyak perlu membayar wang kepada pemilik EV!
Zamil Syaheer · Jan 24, 2023 10:00 AM
Sejak tahun lepas, pemilik kereta elektrik (EV) di Jerman telah membuat keuntungan kira-kira 300 Euro (~RM 1,400) daripada setiap kereta dengan menjual semula kuota gas rumah hijau kepada industri minyak. Ia berfungsi sama seperti perdagangan kredit karbon.
Harga gas rumah hijau dibayar oleh industri minyak. Ia diperlukan di bawah peraturan EU untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka sebanyak 7 peratus (berbanding angka tahun 2010) pada 2022, sebelum mencapai 25 peratus menjelang 2030.
Syarikat minyak boleh melabur teknologi baru atau produk bahan api untuk memenuhi sasaran, atau membeli kuota gas rumah hijau daripada saluran hijau lain, termasuk pemilik kereta EV.
Kos tambahan bagi inisiatif pengurangan karbon ini sudah pasti akan dikenakan kepada pemandu kereta enjin pembakaran dalaman, yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada pembayaran kepada pemilik EV.
Ya, 300 Euro setahun bukanlah banyak wang dan pastinya tiada orang Jerman yang akan menukar kereta enjin pembakaran mereka dengan EV serta merta hanya untuk mendapatkan wang. Namun, jangan menolak fakta bahawa sistem ini membolehkan EV melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh kereta enjin pembakaran - untuk mendapatkan semula wang untuk pemiliknya.
Di Eropah, hanya orang kaya-kaya saja yang boleh memarkir kereta di dalam kompaun rumah sendiri. Ini juga menjelaskan persoalan tentang mengapa model-model Tesla mewah terjual lebih laris berbanding model siri ID Volkswagen
Untuk menjual kuota rumah hijau mereka, pemilik hanya perlu menyerahkan salinan sijil pemilikan kenderaan mereka kepada platform perdagangan karbon, beberapa daripadanya dikendalikan oleh panel solar / syarikat tenaga boleh diperbaharui, dan kelab automotif kebangsaan Jerman ADAC (ala AAM suatu ketika dahulu).
Nilai kuota akan diselaraskan setiap tahun, berdasarkan campuran sumber tenaga Jerman dan purata jarak perjalanan (purata negara).
Berita buruknya ialah nilai kuota akan dikurangkan untuk 2023. Nilai baru masih belum ditentukan tetapi Jerman akan melonggarkan sasaran pengurangan karbon untuk industri minyak berikutan masalah bekalan tenaga yang berterusan yang disebabkan oleh konflik Rusia-Ukraine.
Kos gas asli yang tinggi – bahan api penting untuk pemanasan rumah, serta bahan mentah untuk produk perindustrian, melumpuhkan ekonomi Jerman. Terdapat banyak perbincangan mengenai tenaga boleh diperbaharui, tetapi angin mahupun solar tidak mampu menutup jurang yang ditinggalkan oleh kekurangan bahan api fosil tradisional.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen