window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja!

Khairil ยท Jul 6, 2022 09:00 AM

 

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 01

Kepada penggemar aktiviti bermotosikal terutama konvoi, nama Cik Din YP sememangnya bukan asing dan kelibat 'otai' berusia 77 tahun itu bersama jenteranya yang 'legend', Yamaha RD YP 250 sering tular di media sosial. 

Ditemuramah oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, Cik Din YP atau nama sebenarnya Kamarudin Wahid adalah anak jati Selangor yang menetap di Petaling Jaya dan seperti usianya, dia sudah pun mempunyai lapan cucu dan dua cicit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 01

Tidak menjadikan usia sebagai penghalang, Cik Din YP boleh dikatakan sebagai watak penting dalam YP RD Club Malaysia dan sentiasa 'on' setiap kali diajak berkonvoi oleh rakan-rakannya termasuk di Terengganu, baru-baru ini.

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 02

"Selagi hayat ada saya akan keluar ride, kalau orang cakap suruh saya duduk rumah sajalah, dekat rumah pun saya tak duduk diam, saya bantu sapu dan kemas rumah," katanya dalam laporan berkenaan.

Menceritakan bagaimana nama ‘Cik Din YP’ lekat kepadanya, Kamarudin menjelaskan nama YP itu diambil sempena jentera dua lejang legenda Yamaha, Yamaha RD YP yang dibeli sekitar tahun 1998. Ia kekal menjadi motosikal terakhirnya hingga kini.

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 03

“Ketika saya meniaga air tebu, ada sebuah kumpulan motosikal Yamaha YP, jadi dari situ saya timbul minat dan beberapa minggu selepas itu saya pun dapatkan motor YP ini."

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 04

Turut dikritik terutama di media sosial susulan minatnya dan umur yang sudah berusia, Cik Din YP berharap orang ramai agar menghormati minatnya itu.

Mengakui geng rempit dulu dan sekarang berbeza, nasihat Cik Din YP adalah dia berharap pencinta aktiviti permotoran itu agar menjauhi najis dadah.

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 05

"Jauhi dadah jika sayangkan diri dan jika tak mahu merosakkan pandangan orang awam terhadap aktiviti permotoran.

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 06

“Mat rempit dulu pandai menghormati orang tua dan juga ibu bapa, tapi sekarang tengok mereka terlibat dengan ragut dan bunuh, ini semua salah dadah. Jangan sesekali dekatkan diri dengan dadah,” katanya.

Menarik mengenai Cik Din YP

  • Mula meminati motosikal sejak usia 18 tahun (tahun 1963)
  • Tak semewah seperti dijangka wargamaya - Pesara kilang di PJ, sumber kewangan duit simpanan dan wang diberikan anak-anak, bantuan RM 300 daripada Baitulmal
  • Aktiviti konvoi motosikal perlukan minat, sokongan rakan
  • Individu yang merakamkan gambar Cik Din YP ketika konvoi dan memuat naik dalam media sosial bukanlah pembantu peribadi tetapi rakannya
  • Idea dan niat untuk memuat naik gambar ke sosial media adalah sekadar perkongsian kepada umum
  • Rahsia kecergasan - pernah aktif dalam aktiviti lari jarak jauh atau maraton dan memulakan sukan berkenaan di usia 35 tahun

Di usia 77 tahun, Cik Din YP terus gigih konvoi guna Yamaha RD YP 250, 'ride' jauh bukan untuk orang muda saja! 07

 

  • Mempunyai lebih 100 medal penyertaan larian sepanjang usia 35 hingga 45 tahun
  • Pernah membina set gym di sebelah rumah bersama rakan untuk bersukan dengan aktividti itu katanya menghilangkan masalah semput dan asma 
  • Pengalaman manis berkonvoi - Bersama-sama dengan rakan yang membantu antara satu sama lain dalam apa jua keadaan
  • Pengalaman terburuk berkonvoi - Rekod ‘bersih’ tidak pernah menerima sebarang saman akhirnya terjejas pada 2019 disaman atas kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi

Sumber imej: Cik Din YP RD Club Malaysia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda