window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini!

Haris Β· Jan 13, 2023 02:00 PM

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 01

Susulan kejayaan Hyundai Ioniq 5, PT Hyundai Motors Indonesia (HMID) dikhabarkan akan memperkenalkan model Ioniq EV kedua ke nusantara pada tahun 2023, iaitu Hyundai Ioniq 6.

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 02

Portal penerbitan kami di Indoensia, AutoFun ID melaporkan bahawa Ketua Pegawai Operasi HMID, Makmur, membayangkan ketibaan EV tersebut ketika acara bersama media pada hari Rabu, 11-Jan 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Hyundai menerima 37,446 tempahan untuk Ioniq 6; Angka jualan prapesanan hari pertama tertinggi dalam sejarah

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 01

"Apa yang jelas ialah kami akan melancarkan EV baharu yang akan menambah warna kepada dunia automotif," katanya kepada media. "Mengenai model apa, kami hanya akan mendedahkan lebih banyak butiran menjelang ke arah pelancarannya."

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 02

HMID pada ketika ini menawarkan Hyundai Ioniq 5 dan Hyundai Kona Electric dalam barisan EVnya, justeru hanya model Hyundai Ioniq 6 sahaja yang belum ditawarkan. Ioniq 6 membuat penampilan sulung di peringkat global pada tahun 2022. Bentuk EV ini mungkin kelihatan seperti sedan bergaya fastback tetapi Hyundai mendakwa telah mencipta gaya badan kenderaan baharu yang dipanggil "Electrified Streamliner".

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 03

Reka bentuk EV aerodinamik ini pertama kali dipratonton sebagai Prophecy Concept pada tahun 2020. Dibina di atas platform E-GMP, Hyundai Ioniq 6 mempunyai jarak roda ultra-lebar dan diposisikan di tengah-tengah antara Sonata dan Grandeur dari segi saiz.

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 04

Pasaran domestik Korea Selatan menjadi saksi kepada sambutan yang hangat di mana Hyundai Ioniq 6 menerima hampir 40,000 tempahan pada hari pertama. Dua pilihan pek bateri ditawarkan bermula dengan varian pengenalan yang dilengkapi dengan bateri 53 kWj standard yang dikuasakan oleh motor tunggal di belakang (151 PS / 350 Nm).

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 05

Sementara itu, varian jarak jauh dipertingkatkan oleh bateri 77.4 kWj dengan pilihan motor tunggal dipasang belakang (228 PS/350 Nm) atau motor berkembar pada kedua-dua gandar (325 PS/605 Nm). Berdasarkan ujian WLTP, varian RWD jarak jauh mempunyai anggaran jarak sekitar 610 km manakala varian pengenalan dijangka mempunyai penggunaan kurang daripada 14 kWj/100 km.

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 06

Hyundai Ioniq 6 menyokong kedua-dua infrastruktur pengecasan 400 V dan 800 V dengan angka terakhir tersebut adalah infrastruktur pengecasan standard. Dengan pengecas 350-kW, Hyundai Ioniq 6 boleh mengecas dari 10 peratus hingga 80 peratus dalam masa 18 minit.

Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini! 07

Dari segi kemudahan, Hyundai Ioniq 6 dilengkapi dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang menjadikan kereta seumpama bank kuasa beroda. Melalui soket kuasa luarannya, EV dengan fungsi ini boleh mengecas peranti elektrik lain dan berfungsi sebagai bekalan kuasa sandaran semasa kecemasan.

Hyundai Ioniq 6 merupakan salah satu daripada empat kereta Hyundai Malaysia yang akan dilancarkan di sini tidak lama lagi. Selain EV, 3 model Hyundai lain yang ditunjukkan pada penghujung video teaser ialah Creta, Santa Fe, dan Palisade.

Baca: Video muzik baru BTS 'Yet To Come' tayang Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6. Merecik!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda