window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik

Khairil ยท Jan 25, 2021 04:30 PM

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 01

Terkesan dengan kisah pilu yang melanda dua beradik yang kematian ibu sebelum kehilangan motosikal baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil menghadiahkan sebuah motosikal Modenas Kriss baharu kepada mereka.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew membuat perkongsian berkenaan di laman sosial miliknya selepas mengakui sedih dengan kejadian berkenaan.

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang remaja dikenali sebagai Adam yang diuji dengan pemergian ibu dan lebih menyedihkan, dia sekali lagi diuji apabila motosikalnya hilang pada keesokan hari.

Berdasarkan foto berkenaan, motosikal berkenaan adalah daripada model Modenas Kriss 110 berwarna biru yang dilancarkan pada 2019 dijual pada tanda harga RM3,377.

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 01

"Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya  meninggal dunia 21 Januari dan hilang motor. Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang dan sentiasa dialisis.

"Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 02

"Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan. Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.

Menurut perkongsian Ebit Lew, pemilik kedai motosikal berkenaan, THM Motorcyles Trading di Desa Pandan turut berbesar hati memberikan diskaun terhadap pembelian berkenaan selain perkhidmatan servis dan alat ganti percuma selama setahun.

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 03

"Saya hadiahkan motor baru Modenas. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.

"Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.

Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik 04

"Semoga adik berjaya dalam hidup dan terus kuat tabah yer. Jumpa mak dalam syurga insyaAllah."

Sumber: Ebit Lew

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda