window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021

Zamil Syaheer Β· Jun 24, 2021 06:00 PM

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 01

Toyota C-HR mungkin hanya tinggal kenangan bagi kita rakyat Malaysia, tetapi ianya masih dijual di Thailand. Ia juga telah diperbaharui, disertakan dengan pilihan warna yang lebih menarik dan beberapa kemas kini.

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 02

Sebilangan besar varian C-HR untuk pasaran Thailand telah disimpulkan ke satu sahaja varian ini yang disebut Hybrid Premium Safety.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penambahan warna baru

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 01

Pembaharuan pertama yang boleh anda lihat adalah warna dwi-tona baru, iaitu Nebula Blue baru dan bumbung berwarna perak. Terdapat juga warna Attitude Black Mica jika anda lebih suka imej ‘understated’.

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 02

Pilihan warna lain dengan bumbung berwarna hitam adalah Premium Red, Platinum White Pearl, atau Metal Stream Metallic.

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 03

Selain kit badan ‘Hyperline’ yang opsyenal, pakej eksterior yang lain kekal sama dengan sebelum ini, dengan rim dwi-tona 17 inci dan lampu depan dan belakang LED.

Interior – Kini dengan Android Auto dan Apple CarPlay

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 04

Interior kekal sama seperti sebelum ini, hanya sistem infotainment berukuran 7 inci sahaja yang baru. Kini ia mempunyai sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 05

Tona warna kabin juga sama, dengan kemasan kulit hitam dan coklat untuk rupa yang elegan.

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 06

Terdapat juga brek parkir elektronik (EPB) dan sistem kawalan iklim automatik dwi-zon.

Juga baca: Handbrake vs Footbrake vs EPB – brek ‘parking’ mana paling bagus?

Toyota Safety Sense yang dinaik taraf

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 07

7 beg udara standard.

Sistem bantuan pemandu ADAS Toyota Safety Sense kini menambah Dynamic Radar Cruise Control (DRCC). Ini bagi melengkapi ciri tambahan Lane Tracing Assist (LTA) yang juga baru.

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 08

Selain itu, ciri sebelumnya seperti Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert with Steering Assist (LDA) dan Automatic High Beam (AHB) kekal sama.

Kuasa hibrid, casis TNGA

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 09

Toyota C-HR menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) dan dikuasakan oleh enjin hibrid.

2021 Toyota C-HR Thai specs
Powertrain

2ZR-FXE

Engine: 98 PS / 142 Nm

Electric motor: 72 PS / 163 Nm

e-CVT

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 10

Varian bukan hibrid tidak lagi ada sejak Toyota Corolla Cross membuat debutnya di Thailand kerana pembeli disana lebih cenderung membeli model varian hibrid, didorong oleh cukai yang lebih rendah untuk kenderaan yang mengeluarkan CO2 rendah.

Juga baca: Toyota Corolla Cross, berapa besarkah ia berbanding Honda HR-V dan Toyota C-HR?

Anehnya, harganya jauh lebih murah

Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021 11

Walaupun terdapat penambahan, C-HR yang dikemaskini ini THB 20,000 (~ RM 2.6k) lebih murah daripada sebelumnya, kini berharga THB 1,139,000 (~ RM 149k).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda