window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana

Faisal · Mar 14, 2023 06:00 PM

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana 01

Model di pasaran Malaysia.

Seperti yang anda tahu, Proton pada tahun lepas telahpun kembali ke pasaran Afrika Selatan melalui model X50 dan X70. Kali ini, model ketiga yang bakal tiba di sana adalah Proton Saga.

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana 02

Kalau anda nak tahu, Proton Saga pernah dijual di sana iaitu sekitar tahun 2010 hingga 2012. Pada waktu itu, Saga BLM antara sedan paling mampu milik di Afrika Selatan. Ia dijual melalui varian 1.3 MT yang berharga 124,995 ZAR (~RM 31k) tetapi dalam pasaran terpakai di sana ada varian 1.6 FLX.

Menariknya, Saga yang diiklankan pada media sosial Proton South Africa itu nampak macam varian Premium S kita iaitu spesifikasi paling atas sekali.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara ciri yang diperlihatkan termasuklah rim 15 inci dwi-tona, lipatan cermin sisi berkuasa, kemasukan tanpa kunci dan butang push start, port USB dan infotainment terapung 7 inci.

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana 01

Dari segi teknikal, enjin yang bakal diguna mungkin sama dengan apa yang ada di Malaysia iaitu nadi 1.3L NA (95 PS, 120 Nm), lain dengan unit 1.2L yang digunapakai di Pakistan.

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana 02

Apapun, pilihan transmisinya akan diumum waktu pelancaran nanti. Di Malaysia, Saga ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

Diiklan kembali di Afrika Selatan, Saga bakal menjadi model ke-3 Proton yang tembus pasaran sana 03

Untuk pengetahuan anda, Saga adalah model Proton paling laku untuk pasaran eksport dan selain Pakistan, sedan segmen A ini turut dijual di Brunei, Bangladesh, Kenya dan Egypt.

Juga bacaProton dah hantar 2,610 unit kenderaan ke Pakistan, pasaran eksport terbesar diikuti Afrika Selatan dan Brunei!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda