window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’?

Mersita · Apr 5, 2022 12:00 PM

Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’? 01

Baru-baru ini, media sosial dihebohkan dengan gambar intipan kereta bernombor pendaftaran Singapura yang mengisi minyak menggunakan pam kuning RON 95 di sekitar Johor Bahru. Semalam pula, satu grup Facebook yang ditubuhkan oleh warga Singapura berkongsi gambar insiden serupa, berserta peringatan mesra kepada pengikutnya supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Peringatan berkenaan disertakan dengan dua gambar menunjukkan sebuah Kia Cerato bernombor pendaftaran Singapura mengisi tangki minyak keretanya dengan petrol RON 95. Seperti ramai sudah sedia maklum, pada tahun 2010, satu undang-undang melarang kenderaan bernombor pendaftaran negara asing daripada membeli petrol bersubsidi kerajaan Malaysia. Undang-undang dibentuk di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, itu juga ada menyatakan rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan bernombor pendaftaran asing perlu menunjukkan MyKad di kaunter jika mahu membeli petrol bersubsidi.

Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’? 02

Tangkap layar perkongsian ini (kiri) dan ini (kanan)

Kami pun meninjau ruangan komen untuk mengenalpasti respon serta pendapat dari orang ramai mengenai isu ini. Menurut hemat kami, grup Facebook SG Road Vigilante yang berkongsi peringatan berkenaan pastinya mempunyai ramai pengikut dari Singapura, memandangkan ia platform yang didedikasikan untuk pengguna jalan raya di negara seberang Tambak Johor itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebahagian daripada pengguna yang meninggalkan komen menganggap perkongsian itu tidak perlu dihebohkan dan menyelar pengurus grup kerana berkongsi berita berkenaan hal di Malaysia di dalam grup Singapura. Ramai menggelar ‘admin’ grup berkenaan sebagai ‘kepoh’ dan menyelar tindakan berkongsi gambar berkenaan tanpa mengaburkan nombor plat kereta terlibat.

Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’? 01

Sebahagian lagi mengatakan barangkali pemandu kereta di dalam gambar tular itu adalah rakyat Malaysia yang memandu/memiliki kenderaan bernombor plat Singapura, dan pihak yang menangkap gambar ini perlu menyiasatnya terlebih dahulu.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika penguatkuasaan diketatkan lagi di stesen-stesen petrol di seluruh negara. Setelah dua tahun sempadan negara ditutup akibat pandemik, tak mustahil ramai pengunjung dari Singapura kurang maklum tentang undang-undang yang dikuatkuasakan berkaitan larangan pembelian petrol bersubsidi ini, kata mereka. Atendan yang bekerja di stesen-stesen minyak, terutamanya di Johor Bahru, juga harus peka akan peraturan ini dan mengambil tindakan sepatutnya sebagai ‘frontliner’ dalam urusan pembelian.

Baca juga: Gelagat 'jelik' rakyat Singapura isi minyak di Malaysia jadi bualan, siap guna 'jack'!

Diingatkan, marah pula! Rakyat Singapura dikecam beli RON 95, apa respon netizen ‘seberang’? 02

Aspek-aspek ini patut dititikberatkan kerana sudah ramai pengguna media sosial dari kedua-dua negara bertelagah antara satu sama lain di ruangan komen pelbagai perkongsian berkaitan isu ini. Pada awal pagi 1 April lalu, kita disajikan dengan kisah-kisah menyentuh jiwa apabila sempadan laluan darat antara Malaysia dan Singapura dibuka. Ramai yang bersorak dan sujud syukur sejurus tiba di tanah air setelah dua tahun tidak pulang bertemu keluarga dan rakan taulan.

Baca juga: Selamat pulang! Banyak kenderaan rentas Tambak Johor bernombor plat Malaysia

Usahlah disebabkan penguatkuasaan yang lemah, kita pula yang gusar bertikam lidah. Ikut ragam manusia yang kadangkala terpanggil untuk mengambil kesempatan, pasti ada segelintir yang cuba untuk menjimatkan wang apabila ada peluang terbuka.

Kos penjagaan bagi pemilik kenderaan di Singapura juga bukanlah rendah, terutama sekali selepas peningkatan kadar bayaran Certificate of Entitlement (COE) dan harga petrol yang naik mendadak. Kita di Malaysia pun turut sama dibebani kenaikan harga minyak; dan jika ada ‘lubang’ untuk membeli minyak kereta murah dengan agak mudah, tak mustahil ada yang menyelinap untuk mengambil kesempatan. Jika penguatkuasaan utuh, samada di sempadan selatan mahupun utara, ‘lubang’ sebegini pastinya boleh ditutup.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda