window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV

Mersita · Sep 8, 2020 05:00 PM

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 01

Nampak gayanya pembuat kereta Jerman akan melancarkan kereta yang cukup mantap lagi hebat di Malaysia tahun ini. Minggu lepas, kami lihat Volkswagen Golf GTI Mk8 2020 bersiar-siar dipandu-uji di Pahang dan hari ini, BMW 330e (G20) 2020 pula dilihat di jalanraya di Putrajaya.

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 02

Baca artikelnya di sini.

Huruf ‘e’ pada model ini pastinya menunjukkan yang ini adalah varian hibrid ‘plug-in’ bagi BMW 3 series. Ia dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2.0 liter yang boleh menjana 184 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork, disokong lagi oleh sistem hibrid ‘plug-in’ dengan kapasiti kasar 12 kWh.

Sistem ini menambah 113 PS apabila motornya beroperasi pada 3,170 rpm, dan 265 Nm apabila ia beroperasi antara 0 – 3,170 rpm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 01

Kredit gambar: FB Mehmut Ozil.

Janaan daripada gabungan sistem ini mampu mencapai 292 PS (dengan XtraBoost) dan 420 Nm.

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 02

Apa itu XtraBoost? Ia adalah kelengkapan yang akan diperkenalkan dengan 330e ini nanti. Dengar nama saja dah cukup hebat.

Pada pecutan penuh dalam mod Sport, XtraBoost menambah 40 hp lagi kepada hasil janaan gabungan sistem kereta ini iaitu 252 hp, tapi hanya untuk sehingga 10 saat dan ia bergantung kepada kuasa yang ada pada bateri hibrid tersebut.

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 03

Gambar intipan ini menunjukkan yang 330e pastinya akan sampai di pasaran kita nanti. Seperti sebelum ini, G20 330e besar kemungkinannya akan dipasang tempatan (CKD) di Kulim, Kedah dan ia akan menikmati insentif Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia. Ini membolehkan ia untuk ditetap pada harga yang kompetitif.

Imbas semula, generasi sebelumnya (F30) 330e kali terakhir dijual pada harga RM 248,000.

Rangkaian G20 3 series terkini (harga tanpa SST) adalah seperti berikut:

  • 320i Sport - RM241,794.40
  • 330i M Sport - RM286,187.48

Diintip: BMW 330e (G20) 2020 dilihat tanpa samaran di Malaysia – CKD dengan insentif EEV 04

Sambil anda menunggu…

Apa kata kita lihat model apa yang anda boleh dapatkan sekarang?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda