window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi?

Mersita · Oct 14, 2020 09:00 PM

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi? 01

Sekarang memang musim kereta baru, ramai yang teruja melihat model-model baru lagi menarik keluar hampir setiap minggu. Kami nak tunjuk lagi satu model baru yang menarik iaitu Nissan Navara NP300 2021 yang dilihat di Thailand tanpa sebarang samaran.

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi? 02

Kredit gambar: MZ Crazy Cars di YouTube

Menonjolkan muka ‘V-motion’ Nissan yang dikenali ramai, Navara baharu ini (yang telah dinaiktaraf selepas 6 tahun) akan mempunyai ‘daytime running lights’ LED yang direka-semula. Perincian ini kami temui di dalam video previu, pautan di hujung artikel ini.

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perubahan pada tren kuasa untuk Navara yang akan datang ini barangkali tidak begitu ketara, dan ini bermaksud yang Navara baharu ini mungkin masih lagi menggunakan enjin turbodiesel 2.5 liter (163 PS / 403 Nm atau 190 PS / 450 Nm) dan dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan.

Diintip: Nissan Navara NP300 2021 facelift dilihat tanpa camo di Thailand – lancar tak lama lagi? 01

Kali terakhir kami terlihat Navara facelift adalah pada bulan lepas 

Oleh itu, beberapa sumber dari Thailand membuat spekulasi yang Navara baharu ini akan diberi enjin YS23DDTT twin-turbodiesel DOHC 2.3 liter yang menjana 190 PS dan 450 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan – tren kuasa yang sama dengan SUV Nissan Terra.

2020 Nissan Terra spyshot

Nissan Terra dilihat di sini setahun yang lalu, apa yang terjadi dengan Terra sekarang?

Melihat keadaan ini, Navara mungkin akan diperkenalkan hujung tahun ini atau awal tahun 2021, menyaingi Ford Ranger dan Mitsubishi Triton. Usah dilupa juga Isuzu D-Max serba baru dan Toyota Hilux yang dinaiktaraf.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda