window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip: Satu lagi SUV Geely! Adakah ini akan jadi Proton X90 di Malaysia?

Mersita ยท Sep 2, 2020 11:50 AM

Diintip: Satu lagi SUV Geely! Adakah ini akan jadi Proton X90 di Malaysia? 01

Sebelum ini, kami ada mengaitkan Geely Haoyue 7 tempat duduk yang dilancarkan pada Jun lepas barangkali akan dijadikan Proton X90. Ditambah pula dengan perancangan Geely untuk membangunkan kereta Proton di atas platform CMA, kami rasakan yang SUV ini, yang juga dibina atas platform yang sama di China, mempunyai peluang lebih tinggi untuk dijadikan sebagai Proton X90 kalau ia datang ke Malaysia nanti.

Diberi kod nama KX11, SUV yang disamarkan dalam gambar di atas dengan jelasnya menunjukkan yang ia dibina di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo-Geely. Ia mungkin akan tergolong dalam SUV segmen D, sama seperti SUV lain seperti Toyota Highlander yang tidak dijual di Malaysia.

Diintip: Satu lagi SUV Geely! Adakah ini akan jadi Proton X90 di Malaysia? 02

Badan kereta ini berukuran 4,810 mm (panjang) x 1,875 mm (lebar) x 1,742 mm (tinggi). Ini membuatkannya sedikit rendah dan kurang lebar berbanding Geely Haoyue dengan perbezaan hanya 25 mm. Disamping itu, KX11 ini pula hampir 300 mm lebih panjang dan 44 mm lebih lebar berbanding Geely Boyue iaitu Proton X70.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi jarak rodanya pula, KX11 berukuran 2,805 mm – 10 mm lebih pendek daripada Haoyue dan 135 mm lebih panjang daripada Geely Boyue.

Diintip: Satu lagi SUV Geely! Adakah ini akan jadi Proton X90 di Malaysia? 01

Untuk perbandingan lebih jelas, jika dibandingkan bersebelahan dengan saudaranya iaitu Volvo XC90 dan Volvo XC60, saiz KX11 berada di tengah-tengah dua SUV mewah ini. Ia juga hampir 300 mm lebih panjang dan 25 mm lebih lebar berbanding Honda CR-V segmen C.

Media di China meramalkan yang KX11 akan dikuasakan dengan enjin turbo 1.5 liter 3 silinder Geely yang serupa dengan Geely Binyue (Proton X50) ataupun enjin petrol turbo 2.0 liter Drive-E milik syarikat tersebut.

Diintip: Satu lagi SUV Geely! Adakah ini akan jadi Proton X90 di Malaysia? 02

Berdasarkan senarai harga barisan model terkini Geely, varian 1.5T tersebut barangkali akan dijual sekitar CNY 130 - 150k (RM 79k – RM 91k) manakala varian 2.0T akan dijual sekitar CNY 140 - 190k (RM 85k – RM 122k).

Jika anda tertanya-tanya mengapa Geely membina satu lagi SUV bersaiz besar sedangkan mereka sudah ada Haoyue dengan saiz yang lebih kurang sama, model KX11 ini dijangka akan diberi kemasan lebih elegan sebagai SUV lebih mewah daripada yang lain.

Pelancaran KX11 telahpun ditetapkan untuk Beijing Motor Show 2020 yang akan bermula dari 26 September 2020.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda