window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia

Mersita · Jul 30, 2020 02:00 PM

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 01

Sebuah SUV yang disamarkan ditemui dipandu di Malaysia dan berdasarkan pemerhatian kami pada rupa parasnya, ia tak lain tak bukan Toyota Corolla Cross 2020!

Apabila Corolla Cross membuat debutnya pada awal bulan Julai, kami juga menjangkakan yang SUV ini akan sampai di Malaysia sebagai unit dipasang tempatan (CKD) hujung tahun ini atau awal 2021. Nampaknya jangkaan kami tepat kerana kereta ini telahpun dipandu-uji di jalanraya kita.

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 02

Menurut rakan kami di Careta, lokasi penampakan SUV ini kurang jelas kerana latar belakangnya telah dipotong. Tapi, kami rasa ia mungkin ditemui di loji Toyota di Bukit Raja, dimana Corolla Cross ini akan jadi CKD di masa hadapan.

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara ringkasnya:

Toyota Corolla Cross 2020 dipandu di atas platform TNGA-C baharu, sama seperti Toyota Corolla Altis dan Toyota C-HR.

Apabila ia sampai di Malaysia nanti, SUV ini akan bersaing dengan SUV segmen B yang lain, contohnya Honda HR-V dan Subaru XV.

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 01

Dengan kedatangan Corolla Cross, ia juga bermaksud kita akan berpisah dengan Toyota C-HR yang agak mahal. Jika anda betul-betul gemar dan mahukan C-HR, inilah peluang anda untuk membelinya sebelum UMW Toyota menghentikan jualannya.

Walaupun Corolla Cross akan didatangkan dengan varian hibrid di Thailand, kami pasti yang SUV ini hanya akan didatangkan dengan enjin petrol di Malaysia. Enjin 1.8 liter ini menjana 140 PS dan 177 Nm, unit yang serupa dengan sedan Corolla Altis dan C-HR.

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 02

Enjin 1.8 liter ini dipadankan dengan Super CVT-i yang juga serupa dengan model lain. Sama seperti pesaing rapatnya, Corolla Cross ini didatangkan dengan pacuan roda-hadapan sahaja.

Di Thailand, Corolla Cross ini ditawarkan dengan ADAS yang lengkap – juga dikenali sebagai Toyota Safety Sense – serta 7 beg udara. Kereta yang dipasang tempatan nanti mungkin juga akan menyerupai model Thai.

Diintip! Toyota Corolla Cross 2020 diuji di jalanraya Malaysia 03

Dari segi teknikal, Corolla Cross dipasang dengan sistem infotainmen skrin sentuh 9 inci yang lengkap dengan Android Auto dan Apple CarPlay serta but berkuasa tanpa-sentuh.

Nak lihat model ini dengan lebih dekat lagi? Gambar di sini menayangkan SUV ini di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2020 baru-baru ini. Jom baca bahan media Thai untuk maklumat lebih lanjut tentang Toyota Corolla Cross 2020 ini!

Sumber: Careta

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda