window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya

Mersita · Sep 6, 2021 04:00 PM

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 01

‘Abang’ kepada Toyota Hilux, Toyota Tundra, telah memasuki generasi ketiganya – menggantikan model generasi kedua yang telah berada di pasaran sejak tahun 2007. Kini, Toyota Tundra 2022 serba baharu telah dikesan sebelum pelancaran rasminya, barangkali di satu kawasan di Amerika Syarikat.

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 02

Seperti yang dilihat dalam beberapa muatnaik di Instagram dan forum atas-talian, dua unit Toyota Tundra tanpa celoreng diperlihatkan di tempat awam, membolehkan ramai orang melihat trak pikap bersaiz penuh serba baharu ini dengan lebih dekat lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022!

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 01

Kedua-dua unit Tundra serba baharu ini mempunyai kemasan cat berwarna merah, namun dengan dua penggayaan berbeza. Salah satu unit dengan pintu belakang lebih panjang dikesan sebagai varian Crew Cab, manakala unit dengan pintu belakang lebih pendek yang satu lagi barangkali varian Double Cab. Kedua-dua trak ini juga didatangkan dengan rim aloi dwi-tona.

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 02

Gambar-gambar intipan lain bagi Toyota Tundra 2022 serba baharu mendedahkan bahagian hadapan trak baharu ini, menggambarkan jejaring besar dengan logo Toyota di tengah-tengahnya. Ya, muka hadapan ini berbeza sedikit daripada varian TRD Pro yang diperkenalkan Toyota pada Jun lalu.

Baca juga: Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 03

Tapi, bukan itu saja, orang yang berpeluang melihat model baharu ini juga dapat mengintai ruang dalamannya dan mengambil gambar kabinnya.

Merujuk kepada gambar-gambar ini, Tundra serba baharu ini – sama seperti model-model Toyota terbaru – akan didatangkan dengan paparan infotainment berskrin sentuh yang besar. Ia juga dilengkapi dengan tombol pengalih gear yang besar dan pelbagai ruang simpanan di sekitar kabinnya.

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 04

Perkara yang paling ketara di dalam kabin serba baharu ini ialah port USB-A yang terletak di bawah skrin infotainmennya.

Ini ialah satu pilihan yang agak aneh memandangkan pengilang-pengilang kereta secara perlahan-lahan telah beralih ke port sambungan USB V yang lebih terkini.

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 05

Dari aspek trenkuasanya pula, Toyota telah mengesahkan yang Toyota Tundra 2022 serba baharu ini akan diberi trenkuasa baharu dipanggil iForce Max.

Butiran terperinci tentang iForce Max masih belum diketahui setakat ini, tapi ia barangkali enjin V6 3.5 liter twin-turbo yang buat masa ini dipasang di dalam Toyota Land Cruiser 300 Series serba baharu.

Baca juga: Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya 06

Hilux berkongsi rekaan sama dengan Tacoma yang diposisikan di bawah Tundra

Walaupun Toyota Hilux tidak berkongsi platform yang sama dengan Toyota Tundra, ada kemungkinan yang ciri-ciri rekaan Tundra akan diturunkan kepada Toyota Hilux generasi seterusnya.

Setakat ini, Toyota Hilux mempunyai ciri-ciri rekaan Toyota Tacoma – trak pikap bersaiz lebih kecil yang diposisikan di bawah Tundra.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda