window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dijadikan ‘kambing hitam’, guna Honda Civic rempuh kilang Finisar

Mersita · Nov 6, 2020 11:50 AM

Dijadikan ‘kambing hitam’, guna Honda Civic rempuh kilang Finisar 01

Dendam disimpan akhirnya terluah. Akibat tekanan melampau, seorang bekas pengurus di kilang elektrikal dan elektronik Finisar di Ipoh, bulat hati bertindak merempuh masuk ke dalam kilang tersebut dengan memandu sebuah kereta Honda Civic.

Honda tersebut dipandu sepanjang 500 meter ke dalam kilang dan suspek berhenti untuk melemparkan botol petrol di ruang pejabat Sumber Manusia sebelum meneruskan rempuhan ke bahagian dalam kilang sehingga menyebabkan kebakaran.

Dijadikan ‘kambing hitam’, guna Honda Civic rempuh kilang Finisar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suspek, K Kathirsean yang berumur 52 tahun sempat merakam satu video dimana beliau menceritakan kisah pedihnya dijadikan sebagai “scapegoat” atau ‘kambing hitam’ dalam syarikat tersebut. Beliau juga menunjukkan ubat-ubatan yang terpaksa beliau ambil dan betapa tertekannya bekerja di bawah badan pengurusan kilang tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pihak polis menerima laporan awal dari orang awam pada pukul 7.30 malam tentang kereta Honda Civic yang menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran.

Menurut video yang dimuatnaik itu, suspek berada di kawasan kilang pada pukul 4.30 am.

A Asmadi berkata suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada pekerja kilang yang dilaporkan cedera. Kilang dianggarkan mengalami kerugian RM 1 juta. Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan.

Dijadikan ‘kambing hitam’, guna Honda Civic rempuh kilang Finisar 01

Beliau juga berkata selepas melakukan khianat tersebut, suspek beredar meninggalkan kawasan kilang. Pada pukul 7.45 pm, suspek dipercayai maut dilanggar treler di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhampiran kawasan perindustrian itu. Malangnya suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar.

Dijadikan ‘kambing hitam’, guna Honda Civic rempuh kilang Finisar 02

Ramai yang tertekan dengan keadaan dunia sekarang dan yang pastinya kita haruslah bertawakkal dan bertindak dengan waras. Kejadian malang ini disyaki berpunca dari tekanan perasaan dan kesudahannya amat menyedihkan. Jika sesiapa memerlukan bantuan kerana rasa tertekan, bolehlah cuba hubungi Befrienders secara percuma di talian 03-7627 2929 dan dapatkan maklumat dari laman sesawang Befrienders.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda