window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021!

Khairil ยท Apr 9, 2021 11:00 AM

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 01

Jentera 'Supernaked' yang paling dinanti-nantikan peminat 'hardcore' KTM dalam siri Duke, KTM 1290 Super Duke RR 2021 akhirnya dilancarkan syarikat pengeluar motosikal Austria berkenaan.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 02

Begitupun, jentera yang disifatkan sebagai naik taraf kepada KTM 1290 Super Duke R 2021, ya 1 'R' itu hanya dikeluarkan dalam unit terhad iaitu 500 sahaja di seluruh dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KTM mendakwa KTM 1290 Super Duke RR adalah jentera supernaked paling berkuasa dalam kelasnya, ironinya menggantikan KTM 1290 Super Duke R yang dilancarkan lebih awal.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 01

Sekalipun penghasilan jentera berkenaan bukan lagi rahsia selepas beberapa siri dokumen paten sudah pun tertiris lebih awal, begitupun naik taraf yang diberikan kepadanya boleh disifatkan sebagai mengagumkan.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 02

KTM berkata KTM 1290 Super Duke RR terhasil selepas jabatan kajian dan penyelidikan (R&D) syarikat berkenaan diberikan kebebasan untuk membina jentera dengan karakter yang fokus kepada 'prestasi tulen'.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 03

Hasilnya, terciptanya KTM 1290 Super Duke RR yang 9 kg lebih ringan berbanding Super Duke R dengan berat 180 kg manakala kuasa yang dihasilkan ialah setinggi 180 Hp dan tork 140 Nm.

Sebagai perbandingan, KTM 1290 Super Duke R 2021 menghasilkan kuasa 177 Hp dan tork yang hampir sama.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 04

Penggunaan komponen gentian karbon di beberapa bahagian panel badan termasuk penggunaan ekor ala 'kala jengking' berjaya mengurangkan berat keseluruhan motosikal berkenaan. Rim yang digunakan juga 1.5 kg lebih ringan berbanding model terdahulu selain penggunaan bateri lithium-ion baharu yang lebih ringan.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 05

Sebagai tambahan, casis yang digunakan turut dikemas kini dan dari sudut tunggangan, jentera ini dilengkapkan fork dari jenama WP Apex Pro 7548 Close Cartridge, damper boleh laras WP Apex Pro 7117 dan monoshock Apex Pro 7746.

Bahagian elektronik turut dikemas kini menerusi pengenalan mod tunggangan Track dan Performance. Ia membenarkan penunggang membuat pilihan tetapan sendiri hampir tanpa had untuk ciri seperti 'rear-wheel slip', 'throttle response', 'Launch Control', dan 'Motor Slip Regulation'.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 06

Daripada 500 unit yang dibina, KTM begitupun tidak mendedahkan berapa unit diperuntukkan kepada pengedarnya di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021! 07

Sekalipun tanda harganya tidak didedahkan, tempahan untuk jentera hebat berkenaan sudah pun dibuka namun hanya boleh dibuat atas talian bermula 8 April lalu. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.ktm.com.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda