window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dikecam ‘lane hogging’ dan konvoi macam siput, kelab pemilik Perodua Aruz tampil beri penjelasan

Haris · Nov 29, 2021 10:00 AM

Dikecam ‘lane hogging’ dan konvoi macam siput, kelab pemilik Perodua Aruz tampil beri penjelasan 01

Kelonggaran untuk melakukan aktiviti berkumpulan dan merentas negeri memberi peluang kepada sesetengah kelab kereta di Malaysia untuk berkonvoi setelah sekian lama terbantut. Namun, tidak ramai yang bersetuju dengan cara konvoi yang dilaksanakan, apatah lagi jika melibatkan ‘lane hogging’ di lorong paling kanan.

Teguran tersebut telah dilontarkan oleh pengguna twitter Nidaasifa, beserta rakaman yang memaparkan beberapa buah Perodua Aruz yang memandu lebih perlahan di lorong kanan serta tidak membenarkan kenderaan lain untuk memotong.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, seorang pengguna twitter lain, Eyzam Tarmizi telah tampil menjelaskan bahawa aktiviti konvoi berkenaan telah dibenarkan oleh pihak berkuasa serta mengikut arahan kenderaan ‘escort’. Ketika kejadian, kumpulan Perodua Aruz sekitar 10 buah kenderaan sedang memintas trelar dengan selamat dan bukannya untuk duduk di lorong paling kanan secara sengaja.

Dikecam ‘lane hogging’ dan konvoi macam siput, kelab pemilik Perodua Aruz tampil beri penjelasan 01

Rakaman pemandu Perodua Aruz mendakwa bahawa mereka tidak melakukan lane hogging, hanya memintas trelar sahaja

Dalam satu rakaman lain, konvoi Perodua Aruz tersebut TIDAK berada di lorong kanan setiap masa. Mereka juga berada di lorong kiri dan trafik di lorong kanan juga perlahan disebabkan oleh kesesakan. Bukan kumpulan pemandu Perodua Aruz sahaja yang perlahan malah semua kenderaan perlahan ketika itu. Oleh yang demikian, mungkin situasi ini di mana perakam berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.

Pihak pengadu juga telah meminta maaf atas teguran tersebut sekiranya ada terkasar bahasa.

Baca: Perodua Alza bakal dihentikan menjelang Februari 2022, Aruz akan jadi kereta 7 penumpang solo

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda