window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik

Mersita · Oct 28, 2020 06:00 PM

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 01

Siapa yang pernah buat pesanan atas-talian atau pernah berjumpa abang posmen di pagar rumah mesti pernah nampak betapa penat dan sukarnya kerja jadi penghantar barang. Bukan saja panas terik dan hujan basah yang terpaksa ditempuh, bahaya di jalanraya juga sudah lumrah bagi mereka. Tapi, adakah bahaya ini diundang oleh rider sendiri atau hanya ‘job hazard’ semata?

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan satu perkongsian oleh Ehailing.fm yang menceritakan tentang rider FoodPanda yang ‘terpaksa’ melanggar beberapa peraturan lalulintas di atas sebab-sebab tersenarai. Ia betul-betul menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Jika hendak dirumuskan, rider atau pemandu p-hailing ini meletakkan silapnya pada sistem aplikasi pesanan dan juga pelanggan yang terlalu serius dalam sentimen “the customer is always right.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelambatan rider yang direkodkan dalam sistem dikatakan menyebabkan khidmat mereka direhatkan seketika dan skor atau ‘rating’ akan jatuh. Apabila ini berlaku, mereka tidak dapat melengkapkan seberapa banyak pesanan yang boleh dibuat dalam jangkamasa itu dan akibatnya pendapatan harian mereka terjejas.

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 01

Bagi pelanggan yang tidak berpuas hati dan kurang penyabar pula, mereka juga boleh memberi maklumbalas terhadap servis yang dianggap lambat walaupun masa yang ditetapkan di dalam sistem kadangkala tak padan dengan jarak yang perlu ditempuh rider. Respon negatif akan diberi kepada rider dan ini menjejaskan penilaian kadar upah mereka.

“Kami bukan sengaja bawa laju TAPI TERPAKSA”

Walaubagaimanapun, keterpaksaan ini masih lagi dianggap salah di sisi undang-undang. Untuk apa tujuan sekalipun, pengguna jalanraya bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan orang lain semasa memandu atau menunggang motosikal.

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 02

Perkongsian tersebut disusuli oleh komen dari netizen yang berkongsi kisah kemalangan dan bahaya yang pernah dilihat sendiri oleh mereka membabitkan rider aplikasi pesanan popular di Malaysia. Ada yang berkongsi bagaimana kebanyakan rider dilihat melanggar lampu merah, memandu secara melulu dan mencilok dengan laju.

Ada juga yang berkongsi tentang kisah terlihat rider yang pernah bertembung dengan penunggang motosikal lain dan rider tersebut hanya mengangkat motosikal dan berlalu pergi tanpa sebarang budi bicara.

Adakah budaya jalanraya sebegini harus dibiarkan begitu sahaja?

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 03

Ramai yang faham tentang kesukaran yang dihadapi rider seMalaysia, tapi undang-undang sama untuk semua pengguna jalanraya. Jika tiada undang-undang, pasti ramai yang takutkan nyawa sendiri bila keluar rumah, bukan?

Sudah banyak kes kemalangan yang melibatkan penunggang p-hailing ini. Ada yang cedera parah sehingga tidak boleh bekerja, ada juga yang malangnya meninggal dunia. Data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, PDRM merekodkan sekitar 150 kemalangan jalanraya yang melibatkan rider p-hailing sepanjang tempoh 3 bulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 04

Sumber

Menurut laporan media, MIROS juga memberitahu yang kira-kira 64% rider p-hailing melakukan kesalahan lalulintas pada waktu puncak di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah ini dikira berdasarkan pemantauan CCTV di jalan-jalan utama.

Ada netizen yang memberi pendapat tentang bahayanya budaya sebegini dimana majikan akan menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa. Tapi, beliau juga faham yang rider tersepit antara mencari nafkah dengan mengejar trip penghantaran makanan.

Lebih usaha proaktif daripada pelbagai pihak harus dijalankan sebelum ramai lagi pengguna jalanraya menjadi mangsa. Rider p-hailing yang tidak dilindungi secukupnya di bawah ekonomi gig di Malaysia juga harus diberi perhatian khas oleh pihak berkuasa.

Dilema rider p-hailing – antara patuh undang-undang dan kekalkan penilaian baik 05

Sumber

Jika isunya di sini ialah masa, operator penyedia perkhidmatan penghantaran haruslah mengambil langkah untuk menyediakan khidmat yang melindungi kedua-dua pihak – pelanggan dan rider yang menjadi tulang belakang operasi mereka. Saranan penulis ialah biarlah jangkaan/ekspektasi yang diberi kepada pelanggan itu realistik dan ada ‘buffer time’ bagi rider untuk melengkapkan penghantaran. Ya, banyak operator yang berebut untuk berikan servis yang terbaik dan terpantas, tapi isu ini harus dikawal-selia dengan baik supaya operator dapat bersaing atas garis panduan yang sama.

Bagi rider pula, jika bersatu padu dalam pendirian dimana imej penunggang p-hailing tidak patut dicemari sebagai pengguna jalanraya – bekerjalah dengan selamat. Kalau bukan anda yang merempuh sisi kenderaan apabila melanggar lampu merah, pemandu lain mungkin akan mencederakan ramai lagi jika terpaksa mengelak anda yang memacu laju di lampu isyarat. Diharap isu ini boleh diselesaikan untuk kebaikan bersama.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda