window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal!

Khairil · Dec 4, 2020 08:00 PM

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 01

Selain memudahkan, antara perkara asas seseorang itu membeli sesebuah motosikal tidak kira kapcai, skuter mahupun 'Sportbike' adalah untuk penjimatan wang ringgit.

Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, berjimat cermat dalam perbelanjaan terutama bajet untuk petrol dilihat sebagai langkah yang bijak.

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 02

Sumber imej: NBC News

Malah bagi penunggang motosikal khususnya di Malaysia, penjimatan yang dapat dibuat bukan saja membabitkan penggunaan petrol, malah turut merangkumi parkir dan tol.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak seperti dahulu, rata-rata motosikal generasi baharu ketika ini mempunyai kecekapan bahan bakar yang baik.

Tetapi perlu diingat, sekadar membeli motosikal yang efisien bahan bakar tidak mencukupi.

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 01

Sumber imej: Time Magazine

Justeru, apa yang boleh dibuat oleh penunggang untuk mendapatkan lebih penjimatan?

Berikut adalah antara tips yang kami dapat senaraikan.

Servis dan penyelengaraan yang teratur

https://www.yellowpages.ca/bus/British-Columbia/Delta/Cypress-Motorbike-Service-Center/2647624.html

Sumber imej: fishermotorcycleservice

Perkara ini mustahak bagi memastikan prestasi jentera anda sentiasa berada pada tahap optimum. Servis dan penyelengaraan mengikut jadual akan meningkatkan kecekapan bahan api kerana komponen utama seperti enjin dan kotak gear memerlukan minyak yang baik untuk berfungsi tanpa tekanan.

Tunggang secara berhemah

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 03

Sumber imej: Hong Leong Yamaha Motor

Buang tabiat buruk memulas kawalan pendikit (Throttle) dengan agresif kerana ia pasti akan membuatkan pembakaran bahan api motosikal anda menjadi tidak sekata. Gunakan kelajuan sederhana dan konsisten. Jika boleh, pulasan tangan anda perlu seiring dengan tahap bunyi enjin. Jadi kawal tangan anda.

Gunakan gear dan klac dengan betul

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 04

Sumber imej: Howcast

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Penukaran gear dan klac dengan tidak betul boleh menyebabkan penggunaan bahan api jentera anda menjadi tidak teratur. Hasilnya, penggunaan petrol yang berlebihan.

Tekanan angin tayar yang tepat

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 05

Sumber imej: Motorbike Writer

Tayar yang diisi angin secukupnya adalah lebih ringan. Jika tekanan tayar motosikal anda tidak tepat, ia sekali gus menyebabkan perjalanan anda menjadi tidak lancar kerana motosikal anda boleh menjadi lebih berat.

Kurangkan beban motosikal

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 06

Sumber imej: Shankly Cycles

Bebanan berlebihan terhadap motosikal boleh dielakkan jika anda tidak memasang aksesori tambahan seperti box sisi. Ada satu lagi cara namun ia agak sukar, kurangkan berat badan anda.

Isi minyak pada awal pagi atau malam

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 07

Sumber imej: LiveAbout

Ini adalah tips yang bagus kerana keadaan di awal pagi atau malam, cecair petrol dikatakan lebih mampat dan kurang berwap.

Guna sport rim berbanding rim batang besi

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 08

Sumber imej: Kaiping City Sihai Hardware Co

Ini antara tips yang paling mudah kerana penggunaan 'rim sukan' adalah lebih ringan berbanding rim batang besi.

Guna tayar tanpa tiub

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 09

Sumber imej: gonetouringaustralia

Selain lebih ringan, penggunaan tayar jenis ini turut menyelamatkan poket penunggang kerana ia jarang pancit. Jika pancit, ia hanya perlu ditampal berbanding penukaran tiub yang lebih mahal.

Pakaian dan aerodinamik

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 10

Sumber imej: Ultimate Motorcycling

Jika boleh, gunakan pakaian yang boleh mengurangkan rintangan angin. Posisi anda di atas motosikal juga agak membantu kerana aerodinamik akan melancarkan perjalanan jentera anda sekaligus meningkatkan kecekapan bahan bakar.

Rancang perjalanan

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 11

Sumber imej: RideApart

Jika anda sering sesat, ia pasti akan menambah jarak perjalanan anda sekaligus meningkatkan penggunaan petrol. Jadi jika boleh, gunakan aplikasi seperti Google Maps atau Waze untuk mengelak situasi ini selain bagi mencari laluan paling pantas ke destinasi.

Jangan panaskan enjin

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 12

Sumber imej: Motorcyclist


Elakkan memanaskan motosikal anda kerana kebanyakan jentera moden yang dibina boleh ditunggang serta-merta tanpa merosakkan enjin.

Elak ubahsuai melampau

Dilemma Covid-19? Ni tips jimat minyak bagi 'rider' motosikal! 13

Sumber imej: New Atlas

Sebelum sesebuah motosikal itu dibina, ia sudah melalui pelbagai jenis ujian bagi menjadikannya efisen. Jadi apa yang ada 'standard kilang' boleh dikatakan cukup bagus untuk pengguna.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda