window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Disalah erti, warga emas memandu Perodua Viva diterajang kerana disyaki menculik remaja OKU

Faisal · Jun 27, 2021 11:06 AM

Disalah erti, warga emas memandu Perodua Viva diterajang kerana disyaki menculik remaja OKU 01

Semalam, kita digemparkan dengan satu insiden di Gombak yang mana seorang ibu kepada remaja perempuan OKU menyerang seorang warga emas yang berusia 80 tahun. Kejadian ini bermula setelah si ibu sedar bahawa anaknya itu tiada di sisi setelah selesai membeli sarapan di sebuah warung di Bandar Country Homes.

Peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan terus bahawa anaknya itu telah mengikut seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna kelabu. Kereta tersebut kemudiannya berjaya dikesan oleh orang ramai di Saujana Rawang pada waktu tengahari setelah perkara ini tersebar luas di aplikasi Whatsapp.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disalah erti, warga emas memandu Perodua Viva diterajang kerana disyaki menculik remaja OKU 01

Menurut siasatan awal, remaja OKU itu telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya dan telah menahan kereta yang dipandu oleh warga emas tersebut. Dengan niat baik, lelaki itu membenarkan remaja tersebut naik tetapi tidak pasti hendak membawanya kemana kerana mangsa tidak berkata apa-apa. Tanpa diduga, warga emas itu ditahan oleh beberapa kenderaan sebelum diserang atas tuduhan cuba membawa lari mangsa.

Disalah erti, warga emas memandu Perodua Viva diterajang kerana disyaki menculik remaja OKU 02

Bagaimanapun, si ibu mendapati bahawa anaknya selamat dan tiada sebarang kecederaan. Begitu juga dengan warga emas tersebut. Malah, hasil siasatan polis turut mengesahkan bahawa tiada elemen culik langsung.

Disebabkan itu, si ibu yang berusia 54 tahun tu telah menarik semula laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Sumber: Kosmo Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda