window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200

Khairil ยท Mar 11, 2021 02:00 PM

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 01

Sekalipun ideanya nampak bijak dan tujuannya juga 'murni', namun jika ia tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan, anda tetap tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Itu yang terjadi kepada seoraang pekerja pemasangan yang bertindak membina 'bumbung' pada motosikal skuter SYM VTS 200 miliknya sejak tahun lalu.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 02

Sumber imej: Bernama

Begitupun, idea 'genius' lelaki berkenaan berakhir dengan nota saman atas kesalahan mengubah suai struktur asal motosikal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia susulan Operasi Kesalahan Teknikal (Motosikal) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang, semalam.

Mengulas lanjut, alasan yang diberikan lelaki berusia 52 tahun berkenaan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengelak hujan.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 01

Lebih menarik, 'bumbung' yang dibina sendiri oleh lelaki berkenaan turut dilengkapi dengan penggilap cermin di bahagian hadapan.

Menurutnya, dia mengeluarkan modal sebanyak RM300 bagi membeli komponen digunakan bagi membina bumbung berkenaan.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 02

"Bumbung ini saya pasang sendiri sejak tahun lalu kerana mahu mengelak hujan. Walaupun saya tahu tindakan ini salah, namun saya yakin struktur ini kukuh.

"Sepanjang tempoh saya pasang struktur ini, saya tidak pernah disaman pihak berkuasa. Ini adalah kali pertama," katanya.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, seramai 50 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi itu.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 03

"Sebanyak 1,050 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 150 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi itu juga, kami mengeluarkan 344 notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, nombor pendaftaran fancy, tayar kecil serta ubah suai ekzos," katanya.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 04

Mohd Zaki berkata, operasi itu dilaksanakan bukan semata-mata untuk mencari kesalahan pengguna, namun ia bertujuan untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 05

"Pengguna perlu tahu adalah penting bagi mereka untuk mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.

Disaman kerana idea 'bijak' pasang 'bumbung' pada skuter SYM VTS 200 06

"Ini termasuk bagi komponen seperti tayar yang penting untuk kestabilan kenderaan. Jika ia diubah tidak mengikut spesikasi, ia boleh membahayakan nyawa," katanya.

Sumber Harian Metro

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda