window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Disaman RM 1k walaupun dalam lingkungan 10 km, SOP PDRM berterabur?

Mersita · Jan 26, 2021 06:15 PM

Disaman RM 1k walaupun dalam lingkungan 10 km, SOP PDRM berterabur? 01

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula dari 13 Januari lalu melibatkan pergerakan orang awam yang diterhadkan hanya dalam lingkungan 10 km radius bagi yang mahu keluar membeli makanan dan barangan keperluan sahaja.

Namun, menerusi satu perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Acacia Lee, wanita itu dikenakan saman RM 1,000 pada pukul 10 pagi, 24 Januari kerana memandu keluar melebihi jarak 10 km dari kediamannya di Jalan Persiaran Surian. Wanita itu sedang dalam perjalanan untuk membeli makanan dan barang keperluan dari sebuah pasaraya berhampiran.

Disaman RM 1k walaupun dalam lingkungan 10 km, SOP PDRM berterabur? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apabila ditahan, beliau menjelaskan tujuannya dan memberitahu polis rujukannya iaitu aplikasi navigasi Waze menunjukkan lokasi tersebut masih lagi dalam jarak yang dibenarkan. Namun, anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) itu berkata, “Tak logic" "U Bagitau Waze itu tepat tak?"

Namun, Acacia menegaskan lagi yang menurut Waze, lokasinya semasa disaman dan destinasinya masih lagi dalam lingkukan 10 km radius dari rumah. Katanya, kalau bukan Google, rujukan apa lagi yang tepat?

Disaman RM 1k walaupun dalam lingkungan 10 km, SOP PDRM berterabur? 01

Gambar hiasan

Acacia memberitahu yang walaupun setelah dijelaskan dengan cara baik berkenaan jarak perjalanannya yang masih lagi patuh SOP, beliau masih dikenakan saman. Tambahan pula, anggota polis itu memberitahunya yang jika perlu membeli barang dapur, boleh gunakan khidmat Grab saja.

Setakat ini, belum ada kenyataan yang dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia berkenaan aduan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda