Disangka VW Beetle, inilah kereta elektrik Ora yang terbaru!
Faisal · Apr 14, 2021 06:00 AM
Ora, jenama kereta elektrik dari Great Wall bakal tampil dengan pelancaran yang besar di Shanghai Auto Show yang akan datang. Uniknya, iklan yang baru sahaja dipertontonkan memperlihatkan sebuah model yang nampak sama seperti Volkswagen Beetle!
Dari sudut tepi, kereta elektrik terbaru ini nampak betul-betul macam Volkswagen Beetle tetapi dengan empat pintu.
Menurut Ora, model yang diperlihatkan ini adalah kereta produksi yang bermaktlamat untuk berikan elemen retro. Malah, model ini dihasilkan istimewa untuk wanita. Disebabkan itu, kereta elektrik ini menerapkan reka bentuk bulat yang lebih feminin, contohnya pada bahagian cermin sisi dan lampu belakang.
Berdasarkan gambar yang diperiklankan, unsur retro nampaknya lebih ketara pada bahagian dalam. Lihat sahaja reka bentuk sterengnya yang klasik seperti kereta di era 50-an!
Setakat ini, Ora belum berikan sebarang nama buat kereta elektrik terbaru ini. Menariknya, nama rasmi akan ditentukan berdasarkan undian yang diperoleh melalui platform sosial mereka. Disebabkan oleh sambutan Ora Good Cat yang cukup menggalakkan, nampaknya Ora akan terus kekal dengan nama kucing.
Antara pilihan nama dalam undian: Ora Imperial Cat, Ora Punk Cat, dan Ora Persian Cat.
Untuk maklumat anda, Haval, jenama di bawah naungan yang sama menggunakan nama varian yang berunsurkan baka kucing. Antaranya seperti Rag Doll, Russian Blue, dan Maine Coon.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen