![Diskaun saman 60 peratus hingga 31 Mac sempena Hari Polis 2023 - bayar online je 01]()
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mula menawarkan potongan sehingga 60 peratus bagi bayaran kompaun saman trafik bermula hari ini hingga 31 Mac 2023.
Penawaran diskaun bayaran saman terpilih ini adalah bersempena sambutan Hari Polis ke-216 yang disambut pada 20 Mac. Orang ramai boleh menikmati tawaran ini dengan membuat bayaran kompaun saman trafik melalui aplikasi MyBayar Saman bermula 8.00 pagi hari ini. Diskaun ini juga boleh dinikmati dengan membuat bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.
![Diskaun saman 60 peratus hingga 31 Mac sempena Hari Polis 2023 - bayar online je 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Menurut JSPT, pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan berikut:
- Kemalangan
- Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
- Saman Berstatus Waran (W)
- Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
- Memotong Secara Berbahaya
- Menggunakan Lorong Kecemasan
- Kesalahan Tidak Boleh Dikompaun (NC)
- Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
- Memotong di Garisan Berkembar
- Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
- Saman Berstatus OP Selamat
Jika anda mempunyai rekod saman trafik bukan seperti senarai di atas, anda ada masa kurang 2 minggu untuk nikmati potongan kompaun 60 peratus ini - jom rebut peluang!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen