window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diskaun saman sehingga 80%, polis berjaya raih RM 440k dalam masa 3 hari

Haris ยท Jul 4, 2022 08:00 PM

Diskaun saman sehingga 80%, polis berjaya raih RM 440k dalam masa 3 hari 01

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM440,350 sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah, di sini, dalam masa tiga hari.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso berkata, orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun diantara 50% hingga 80% bagi saman terpilih sempena jelajah tersebut bermula 1 Julai sehingga 3 Julai 2022.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 3,834 pelbagai saman dibayar di kaunter polis yang disediakan khas kepada pengunjung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diskaun saman sehingga 80%, polis berjaya raih RM 440k dalam masa 3 hari 01

“Sebanyak RM85,480 bayaran dikutip pada hari pertama membabitkan 747 saman dan RM172,340 bagi 1,440 saman pada hari kedua.

“Hari terakhir pada hari ini merekodkan kutipan paling tinggi iaitu sebanyak RM182,530 membabitkan 1,647 pelbagai saman trafik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak di Litar Dato' Sagor, di sini, pada Ahad.

Majlis Perasmian Penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Diskaun saman sehingga 80%, polis berjaya raih RM 440k dalam masa 3 hari 02

Foto: Malaysia Aktif

Barudin berkata, pembayaran saman tersebut bukan sahaja melibatkan penduduk setempat di Perak tetapi turut membabitkan masyarakat luar Perak seperti dari Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurutnya, pengurangan saman itu tidak ditawarkan bagi saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap. - Sinar Harian

Baca: Diskaun saman 80% - Kutipan di Kedah melebihi RM 5 juta, 106,571 kesalahan diselesaikan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda