Disyaki minta sogokan ‘duit kopi’, anggota polis IPD Klang Utara disiasat tatatertib

Mersita · Jul 5, 2021 11:59 AM

Disyaki minta sogokan ‘duit kopi’, anggota polis IPD Klang Utara disiasat tatatertib 01

Seorang anggota polis disiasat setelah satu rakaman ‘dashcam’ tular di media sosial menunjukkan anggota berkenaan meminta wang sogokan daripada seorang pengguna jalan raya dalam satu kejadian di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu kira-kira jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihak polis telah mengenalpasti pelaku anggota yang terlibat dalam insiden tersebut dan satu kertas siasatan tatatertib telahpun dibuka keatas anggota berkenaan.

Menerusi rakaman terbabit, anggota polis berkenaan didapati meminta wang sogokan daripada seorang lelaki dipercayai pemilik trak pikap Ford Ranger bernombor pendaftaran VCX 3510. Lelaki itu diberi amaran berkali-kali oleh anggota berkenaan supaya tidak merakam perbuatan tersebut menerusi telefon bimbit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Namun, rakaman ‘dashcam’ lengkap dengan audio itu jelas memperdengarkan anggota polis tersebut meminta RM 100 dan menyuruh lelaki itu meminjam RM 50 daripada rakannya jika tidak cukup duit.

Disyaki minta sogokan ‘duit kopi’, anggota polis IPD Klang Utara disiasat tatatertib 01

Pihak polis menyeru supaya pemilik akaun Twitter yang menularkan rakaman kejadian atau sesiapapun yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi pihak Polis Klang Utara untuk membantu siasatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru