window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan?

Haris · Mar 20, 2021 04:00 PM

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 01

Proton Persona pernah mencatatkan kadar penggunaan minyak serendah 5.03 liter / 100 km ketika cabaran Proton 1 Tank Adventure tahun 2019.

Walaubagaimanapun, kadar penggunaan tersebut hanya dapat diperolehi dengan situasi pemanduan yang ekstrem seperti memandu secara perlahan di bahu kiri jalan, penyaman udara ditutup dan macam-macam lagi.

Oleh yang demikian, Wapcar.my mencuba sendiri kadar penggunaan minyak pada Proton Persona ini dengan ujian standard kami. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 01

Seperti biasa, tayar akan dipam mengikut tekanan yang disyorkan oleh pengeluar. Selain itu, tangki minyak berkapasiti 40 liter pada Proton Persona ini juga dipenuhi sehingga 1 klik.

Pemandu uji juga akan memandu seperti biasa pada kelajuan yang sesuai. Kelajuan maksimum dihadkan pada 110 km/j. Penyaman udara juga diarahkan ke bahagian tengah.

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 02

Selepas menempuhi jarak 91.9 km dengan pecahan 50% bandar dan 50% lebuh raya, pengisian semula memerlukan sebanyak 7.75 liter minyak petrol, bermakna penggunaan minyak adalah sebanyak 8.4 liter / 100 km.

Lebih menarik, odometer pada panel instrumen menunjukkan purata perjalanan sebanyak 8.5 liter / 100 km. Ini perincian yang baik kerana beberapa model kereta yang lebih mahal menunjukkan bacaan yang tersasar jauh.

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 03

Dengan lebih pemanduan lebuh raya, kami berpendapat bahawa kadar penggunaan minyak dapat dikurangkan serendah 7 liter / 100 km.

Namun untuk mendapatkan kadar serendah 5.03 liter / 100 km? Agak sukar dengan pemanduan biasa.

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 04

Untuk rujukan, Proton Persona 2019 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.6 liter NA yang mampu menjana sehingga 109 PS kuasa kuda dan 150 Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu gandar roda hadapan. 

Diuji: Proton Persona 2019 boleh capai 5 liter / 100 km seperti yang pernah direkodkan? 05

Setakat ini, senarai kereta dengan penjimatan minyak terbaik yang pernah diuji oleh Wapcar.my adalah seperti berikut:

  1. 2020 Nissan Almera 1.0 VLT - 5.8-liter/100 km
  2. 2020 Mazda 2 1.5L - 6.2-liter/100 km
  3. 2020 Honda City 1.5L V - 6.3-liter/100 km
  4. 2020 Vollkswagen Passat 2.0 TSI Elegance - 6.5-liter/100 km
  5. 2019 Perodua Axia 1.0 AV - 6.5-liter/100 km

Senarai penuh: https://www.wapcar.my/car-ranking

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda