window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang!

Faisal ยท Sep 20, 2022 09:00 AM

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 01

  • Honda HR-V dapat ASEAN NCAP 5 bintang dengan skor 81
  • Honda BR-V dapat ASEAN NCAP 5 bintang dengan skor 77
  • Kedua-dua model lengkap dengan Honda Sensing

Baru-baru ini, Honda HR-V serta BR-V baharu telah melalui ujian penarafan tahap keselamatan ASEAN NCAP (New Car Assessment Program) dan keputusan yang diraih oleh kedua-dua model ini adalah 5 bintang penuh.

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 02

Honda HR-V di Malaysia.

Bagi anda yang belum tahu, ASEAN NCAP adalah program penilaian keselamatan kenderaan di rantau Asia Tenggara dan ia turut mendapat kerjasama daripada Japan Automobile Research Institute (JARI). Secara teknikal, ujian ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan sesuatu kenderaan berdasarkan situasi sebenar.

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 03

Honda BR-V di Thailand.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua model ini lengkap dengan ADAS Honda Sensing. Menurut kenyataan daripada PT Honda Prospect Motor (HPM), “Pencapaian yang cemerlang ini membuktikan lagi komitmen Honda terhadap keselamatan pengguna”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaHonda BR-V 2022 raih permintaan tinggi, akan dieksport ke 8 negara, lagi 22 pasaran menanti

Honda HR-V skor 81/100

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 01

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 02

Dalam ujian pelanggaran tersebut, Honda HR-V berjaya mencapai 81.38/100 mata. Antara skor yang diraih oleh SUV segmen B ini berdasarkan kategori adalah seperti berikut:

  • Adult Occupant Protection (AOP) – 28.080/32 mata
  • Child Occupant Protection (COP) – 45.31/51 mata
  • Safety Assist Technologies (SATs) – 19.50/21 mata
  • Motorcyclist Safety (MS) – 8.00/16 mata

Honda BR-V skor 77/100

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 03

Diuji semua aspek, Honda HR-V & BR-V 2022 raih skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang! 04

Sementara itu, Honda BR-V berjaya meraih 77.02/100 mata. Antara skor yang diraih oleh kereta 7 tempat duduk segmen B ini adalah seperti berikut:

  • Adult Occupant Protection (AOP) – 26.98/32 mata
  • Child Occupant Protection (COP) – 44.53/51 mata
  • Safety Assist Technologies (SATs) – 16.50/21 mata
  • Motorcyclist Safety (MS) – 8.10/16 mata

Setakat ini, Honda HR-V 2022 di rantau kita termasuk Malaysia telah terjual mencecah 25,000 unit. Honda BR-V 2022 juga tidak kurang larisnya. Jadi dengan pengiktirafan 5 bintang dalam aspek keselamatan, pemilik mahupun pelanggan pasti akan berasa yakin dengan kredibiliti kedua-dua model baharu yang cukup popular ini.

Juga baca: Honda Malaysia dah hantar 1,300 unit HR-V serba baharu kepada pelanggan, tak perlu tunggu setahun?

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda