window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022

Haris · Jan 27, 2023 09:00 AM

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 01

  • Diukur berdasarkan pilihan pengguna, anugerah berkenaan ditentukan melalui kaji selidik seluruh negara oleh syarikat kajian antarabangsa IPSOS.
  • Ditubuhkan pada 2022 oleh 4As, Putra Aria Brand Awards mensasarkan untuk mengetengahkan kecemerlangan penjenamaan dan pemasaran merentas semua segmen.
  • Anugerah tersebut disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA) dan Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia baru-baru ini meraih anugerah perak bagi jenama automotif pilihan ramai dalam Putra Aria Brand Awards 2022 — yang merupakan lanjutan daripada Putra Brand Awards yang sangat dikenali sebelum ini.

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 02

Anugerah ini ditentukan melalui kaji selidik pengguna di seluruh negara untuk mengenal pasti jenama kegemaran Malaysia bagi 24 kategori berasingan. Kaji selidik berkenaan dijalankan dan dinilai berdasarkan kaedah kajian menyeluruh oleh syarikat kajian antarabangsa IPSOS.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 01

“Kami berbesar hati dinobatkan sebagai penerima anugerah pilihan ramai di bawah Putra Brand Awards yang berprestij. Terima kasih kepada semua warga Malaysia yang telah memilih Ford sebagai jenama pilihan mereka dalam kategori automotif.

"Kami akan kekal komited untuk memberikan sebuah pengalaman jenama yang menyeluruh serta layanan khidmat pelanggan bertaraf dunia kepada semua pelanggan Ford,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 02

Putra Aria Brand Awards diwujudkan pada 2022 oleh Persatuan Agen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk melayani secara cekap dan meliputi lingkungan pemasaran dengan memberi perhatian kepada usaha penjenamaan dalam semua segmen. Dinilai melalui perkembangan pilihan pengguna, anugerah ini mensasarkan untuk mengiktiraf kecemerlangan jenama dalam memberikan kesan dan memperkukuh kehadiran mereka dalam pasaran.

Lebih daripada 25,000 maklum balas pengguna telah diterima sepanjang lapan minggu kaji selidik berkenaan dijalankan, dari hujung September hingga pertengahan November 2022.

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 03

Responden bagi kaji selidik ini menilai semua jenama terlibat berdasarkan enam kriteria:

  • kebiasaan mereka dengan jenama
  • pengalaman mereka dengan jenama
  • tanggapan mereka tentang jenama
  • hasrat untuk pembelian
  • jenama pilihan terpaksa
  • jenama yang akan mereka cadangkan kepada rakan dan keluarga

Diundi rakyat Malaysia, Ford raih Anugerah Perak dalam kategori Automotif bagi Putra Aria Brand Awards 2022 04

Putra Aria Brand Awards merupakan satu daripada dua pengiktirafan yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA) dan Persatuan Digital Malaysia (MDA).

IPSOS adalah pelopor peringkat global bagi kaji selidik pasaran yang menerapkan pengetahuan terbaik dalam sains dan teknologi, serta melaksanakan prinsip keselamatan, keringkasan, kepantasan dan pengisian ke dalam semua perkara yang dilakukan.

Baca: Di sebalik penampilan hebat, 2022 Ford Ranger generasi baharu pertingkat fungsi dan praktikaliti!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda