window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Doktor mahu daftar Nissan GT-R miliknya sebagai ‘kenderaan kecemasan’ atas alasan kelajuan!

Haris · Sep 29, 2021 10:00 AM

Doktor mahu daftar Nissan GT-R miliknya sebagai ‘kenderaan kecemasan’ atas alasan kelajuan! 01

Permintaan seorang doktor untuk menggunakan supercar Nissan GT-Rnya untuk tugas-tugas rasmi telah ditolak. Insiden tersebut berlaku di Australia Barat.

Menurut drive.com.au, Dr Michael Livingston adalah seorang Pengamal Perubatan Am yang mempunyai dua buah klinik di Hopetoun dan Ravensthorpe, 6 jam daripada bandar besar Perth. Kedua-dua klinik dia dibuka dalam komuniti terpencil yang berada dalam jarak sekurang-kurangnya 30 minit antara satu sama lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dia sendiri telah menjalani latihan memandu peringkat tinggi dan menggunakan kemahiran tersebut dengan Nissan GT-R miliknya. Di samping itu, dia turut dilaporkan berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi tahun lalu, sebahagian usaha tersebut merupakan hasil daripada memandu Nissan GT-R dengan pantas dan berkemahiran.

Doktor mahu daftar Nissan GT-R miliknya sebagai ‘kenderaan kecemasan’ atas alasan kelajuan! 01

Dr Michael Livingston

Walaubagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Australia Barat telah menolak permohonannya untuk mendapatkan Status Kenderaan Kecemasan (Emergency Vehicle Status) untuk supercar miliknya itu.

Antara "alasan" yang dilaporkan untuk menolak permohonan tersebut adalah kenyataan seperti "pemandu lelaki lebih cenderung terlibat dalam pemanduan berkelajuan tinggi dan mempunyai tingkah laku berisiko tinggi".

Alasan lain termasuklah hujung bumper Nissan GT-R agak rendah lalu berisiko melanggar haiwan dan mungkin berbahaya untuk digunakan oleh doktor tersebut di kawasan terpencil itu yang penuh dengan haiwan.

Doktor mahu daftar Nissan GT-R miliknya sebagai ‘kenderaan kecemasan’ atas alasan kelajuan! 02

Chevrolet Corvette dan Nissan GT-R adalah kenderaan 'first responder' di Dubai

Pada tahun 2021, Dr Livingston telah menjawab panggilan kecemasan di Ravensthorpe - bayi berusia satu tahun yang diketahui mempunyai masalah bronkiolitis telah mengalami kesukaran untuk bernafas yang agak teruk.

Bayi tersebut memerlukan suntikan adrelin untuk hidup, tugas yang hanya dapat dilakukan oleh Dr Livingston yang berada hanya 30 minit di wilayah Hopetoun pada masa itu.

Dr Livingston kemudiannya "memandu laju" Nissan GT-R miliknya lalu tiba tepat pada waktunya untuk memberikan rawatan sehingga bayi itu berjaya diangkat ke udara dengan selamat untuk rawatan selanjutnya.

Dalam insiden tersebut, Ava yang berusia satu tahun terselamat dalam kejadian itu, dengan ibunya mendakwa respon pantas Dr Livingston berjaya menyelamatkan nyawa anaknya.

Baca: Balai polis Tochigi di Jepun guna LC 500 and GT-R sebagai kereta peronda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda