window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS, "kereta kebal" yang boleh dibeli orang awam!

Haris ยท Sep 7, 2022 01:00 PM

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

Dongfeng Motor Group telah memperkenalkan sebuah trak pikap/SUV off road baharu yang dipanggil Dongfeng Mengshi (bermaksud pahlawan) dengan pratonton dua prototaip iaitu: M-Terrain dan M-Terrain S.

Kedua-dua kenderaan konsep off-road ini dibangunkan pada platform MORA yang paling moden dalam inventori Dongfeng. Dengan kuasa maksimum sehingga 1087 PS, ia akan dilancarkan ke pasaran China menjelang 2023.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dongfeng mendakwa 4 motor elektrik yang memacu keempat-empat roda mampu menghantar Mengshi M-Terrain ini ke kelajuan 100 km/j dari pegun dalam masa 4.2 saat sahaja. 

Di samping itu, pembeli mempunyai pilihan badan SUV empat pintu dengan jarak roda panjang atau versi dua pintu jarak roda pendek atau ute separa tertutup.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

M-Terrain elektrik penuh menggunakan pek bateri 140kWj untuk jarak pemanduan sejauh 500km seperti yang didakwa, manakala rangkaian kuasa tambahan dalam bentuk range extender menggunakan enjin petrol dan bateri 66kWj – menurunkan jumlah kuasa kepada 816 PS – untuk julat pemanduan sekitar 800km.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

Bagi kegunaan off-road, Dongfeng Mengshi menampilkan sistem M ATS, yang merangkumi 9 mod pemanduan dan sistem gantungan udara (air suspension) boleh laras. Pada ketinggian 105 mm, kenderaan itu dilengkapi dengan sistem kawalan casis VMC dan dilengkapi sistem penguncian elektronik pada kedua-dua gandar hadapan dan belakang untuk kebolehan memandu di mana-mana permukaan.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

Mengambil inspirasi daripada GMC Hummer EV, Mengshi M-Terrain menampilkan mod ‘crab walking’, membolehkan kenderaan bergerak secara mendatar dengan memusingkan roda hadapan dan belakangnya ke arah yang sama.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

Sistem suspensi udara pula boleh meningkatkan ketinggian badan kereta - secara automatik dalam beberapa situasi, seperti meranduk air atau meningkatkan daya tarikan dalam keadaan off-road.

Menariknya, untuk sebuah "SUV mewah bergaya tentera", ukuran radius pusingan didakwa hanya sekecil 5.1 meter (berdasarkan kebolehan platform MORA) yang setanding dengan sebuah Myvi.

Dongfeng Mengshi didedah - SUV EV/hibrid dengan 1,000 PS,

SUV elektrik itu juga dijangka menawarkan teknologi bantuan pemandu separa autonomi ‘Tahap 3’.

Mengshi M-Terrain 2024 dijadualkan untuk memasuki fasa pengeluaran di China antara Julai dan September 2023. Antara pasaran yang menjadi sasaran syarikat automotif itu adalah Rusia.

Baca: Dongfeng Fearless M50 - jentera RM 430k ala Humvee, 'Hailak' & Ranger Raptor apa barang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda