Ducati Malaysia membawa masuk model paling 'lasak' jenama Itali itu, Ducati DesertX (2023) pada tanda harga asas RM 112,900 dan menariknya, peruntukan untuk 'batch' pertama khabarnya sudah pun selesai.
Kepada yang sudah membuat tempahan itu, motosikal berkenaan menurut Ducati Malaysia dijadual tiba di tangan pemiliknya pada tahun depan sekitar Mac atau April.
Juga baca: Ducati DesertX (2023) kini di Malaysia, harga asas RM 112.9k, laku keras!
Tiba dengan spesifikasi yang menarik, Ducati DesertX secara 'mata kasar' memang sudah lengkap tetapi buat bakal pemiliknya, yang kebiasaannya 'berpoket tebal', ia berkemungkinan masih belum mencukupi.
Justeru, Ducati Malaysia turut memperkenalkan beberapa pakej tambahan dan apa yang lebih penting, mengikut 'selera' pembeli.
Dan lebih mengujakan lagi, pakej-pakej berkenaan ditawarkan dengan harga diskaun yang cukup menarik tetapi masih perlu mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan oleh Ducati Malaysia.
Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!
Pakej-pakej yang ditawarkan yang bakal menjadikan Ducati DesertX anda menjadi lebih 'padu' itu adalah seperti berikut:
Pakej 'Off Road'
- Tangki minyak tambahan, Pelindung Tangan, Pelindung Lampu Depan, Pelindung Radiator, Pelindung Pam Air, Pelindung Enjin, Bar Kemalangan.
- Harga sebenar: RM 20,700
- Harga diskaun: RM 12,420
Pakej 'Touring'
- Pelana Rendah, 'Sportlight', 'Subframe Pannier', 'Box Pannier' sisi (Kiri,Kanan), Pelindung Pam Air, Bar Kemalangan.
- Harga sebenar: RM 23,800
- Harga diskaun: RM 14,280
Pakej 'Lifestyle'
- Penutup 'Oil Filler, Pelindung Tangan, Kanvas Motosikal Ducati DesertX, Beg Bar Hendal', 'Fork Slider, Penutup Petrol Rizoma.
- Harga sebenar: RM 5,950
- Harga diskaun: RM 3,570
Pakej 'Urban'
- Lampu Signal LED, Pelana 'Rally', Penutup Petrol Rizoma, Ekzos Racing (Termignoni)
- Harga sebenar: RM 21,500
- Harga diskaun: RM 12,900
Untuk kelengkapan dari sudut pemakaian, Ducati Malaysia turut menyediakan dua pakej iaitu:
Pakej 'Gear Capsule'
- 'Desert Jacket, Desert C1 Trouser'
- Harga sebenar: RM 5,400
- Harga diskaun: RM 3,510
Pakej 'Sportswear'
- 'Hooded Sweat Jacket, T-Shirt Logo, T-Shirt, Topi
- Harga sebenar: RM 1,170
- Harga diskaun: RM 1,150.50
Kepada yang mungkin bertanya adakah pakej tambahan yang ditawarkan berbaloi, sebagai contoh, ekzos lumba Termignoni dijual secara 'retail' pada harga lebih RM 17k namun sedikit mengecewakan, setiap pembelian (DesertX) dikatakan layak untuk memilih satu pakej dengan harga diskaun sahaja.
Ketika ini, Ducati Malaysia masih membuka tempahan untuk DesertX jadi kepada yang berminat, jangan lepaskan peluang.
Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!