window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut!

Khairil · Aug 22, 2022 02:00 PM

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 01

Penguasaan Ducati di pentas MotoGP 2022 berterusan apabila jagoannya, Francesco Bagnaia merangkul kemenangan ketiga berturut-turut musim ini di Grand Prix (GP) Austria sekaligus mengulangi pencapaian legenda Casey Stoner.

Sekalipun memulakan perlumbaan di petak kedua, pelumba kelahiran Itali itu pantas mengambil alih posisi pendahulu seawal selekoh pertama daripada pelumba satelit Ducati, Enea Bastianini.

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 02

Bagnaia  (depan) berentap dengan rakan sepasukan, Miller.

Dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang, Bagnaia terus memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat meskipun dicabar pendahulu kejuaraan dari Yamaha, Fabio Quartararo di penghujung perlumbaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 01

Bagnaia (kanan) dan Miller meraikan kejayaan di Austria

"Ia perlumbaan yang panjang... Saya melakukan begitu banyak kesilapan pada separuh musim ini jadi sudah tiba masanya untuk saya menjadi lebih bijak," kata Bagnaia.

"Apabila saya melihat jarak, saya cuba untuk lebih berhati-hati dengan catatan sepusingan kerana saya yakin kelajuan saya sudah cukup untuk mencipta jarak dan pada dua pusingan terakhir, saya cuba untuk bertenang. Saya amat gembira dengan pasukan, mereka melakukan kerja yang menakjubkan."

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 02

Trio podium GP Austria 2022

Pendahulu kejuaraan, Quartararo yang memulakan perlumbaan di petak kelima turut tampil dengan tunggangan menarik apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Melengkapkan kedudukan podium di Red Bull Ring adalah seorang lagi pelumba pasukan utama Ducati yang juga rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller.

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 03

Fabio Quartararo

Dua lagi pelumba Ducati, Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team) yang juga adik kepada legenda Valentino Rossi mengisi tempat keempat diikuti Johann Zarco (Prima Pramac Racing) kelima.

Malang buat Bastianini yang memulakan perlumbaan di petak utama buat pertama kali dalam kariernya apabila pelumba pasukan Gresini Racing itu gagal menamatkan perlumbaan.

Ducati 'garang' di GP Austria 2022, Bagnaia ulangi rekod Stoner raih tiga kemenangan berturut-turut! 04

Bagnaia (tengah) diapit Quartararo (kiri) dan Miller 

Kemenangan di Austria menyaksikan Bagnaia kini hanya dibezakan dengan 44 mata dengan Quartararo yang mengumpul keseluruhan 200 mata manakala tempat kedua diisi pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Sebagai rekod, kali terakhir pelumba Ducati meraih tiga kemenangan berturut-turut adalah pada musim 2008 menerui legenda Australia yang juga juara dunia dua kali MotoGP, Stoner.

Keputusan GP Austria

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP22), 42m 14.886s
  2. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.492s
  3. Jack Miller (AUS) Ducati Lenovo (GP22), +2.163s
  4. Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), +8.348s
  5. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP22), +8.821s
  6. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +11.287s
  7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +11.642s
  8. Alex Rins (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), +11.780s
  9. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP21)*, +16.987s
  10. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP22)    +17.144s
  11. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP21)*, +17.471s
  12. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM (RC16), +18.035s
  13. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP), +20.012s
  14. Alex Marquez (SPA) LCR Honda (RC213V), +26.880s
  15. Andrea Dovizioso (ITA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1), +29.744s
  16. Pol Espargaro (SPA) Repsol Honda (RC213V), +30.994s
  17. Stefan Bradl (GER) Repsol Honda (RC213V), +37.960s
  18. Raul Fernandez (SPA) KTM Tech3 (RC16)*, +42.082s
  19. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP), +46.666s
  20. Remy Gardner (AUS) KTM Tech3 (RC16)*, +1 lap

     Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF
     Darryn Binder (RSA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1)*, DNF
     Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), DNF
     Enea Bastianini (ITA) Gresini Ducati (GP21), DNF
     Joan Mir (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR), DNF (Tak tamatkan perlumbaan)

Sumber imej: FB Ducati, Monster Energy Yamaha MotoGP, Francesco Bagnaia 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda